Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label BSH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BSH. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Jun 2018

Peta Minda - Bac. Sains Hortikultur UPM

Untuk memahami Program Bacelor Sains Hortikultur UPM dengan lebih baik, beberapa peta minda boleh di buat dengan tujuan :

1. Memudahkan kefahaman berkenaan kursus2 semasa dibawah Program Bacelor Sains Hortikultur kendalian UPM :
1.1 Kursus Universiti
1.2 Kursus Teras
1.3 Kursus Elektif Fakulti Pertanian
1.4 Kursus Elektif Fakulti Lain
1.5 Kursus Bahasa Inggeris
1.6 Dan lain2 keperluan bergraduat

2. Jam kredit yang perlu di urus dengan baik untuk mengelakkan terlebih atau terkurang beban pembelajaran pada sesuatu semester.

3. Peta minda sangat bagus sebagai persediaan awal pelajaran di universiti kerana kaedah pembelajaran universiti yang berbeza dari matrikulasi, asasi dan sekolah. Bagi yang menyambung dari peringkat diploma mungkin tiada masalah namun penggunaan peta minda memang di sarankan.

4. Peta minda boleh dibuat secara ringkas atau padat bergantung kepada individu. Yang penting peta minda biarlah membantu untuk lebih memudahkan pembelajaran

5. Peta minda boleh digunakan untuk pelbagai perkara, tidak semestinya untuk pembelajaran di universiti atau sekolah sahaja. Sebagai contoh, peta minda juga boleh di buat untuk salasilah keluarga dimana untuk setiap peta minda mewakili 3 generasi secara asas.












Isnin, 21 Mei 2018

Jom Sambung Belajar - Buat Blog Baru

Untuk memudahkan kajian / penyelidikan tentang Program dan Kursus2 Bacelor Sains Hortikultur UPM, satu blog khusus iaitu bacelorsainshortikultur.blogspot.com telah di buat.

Segala info berkaitan Program dan Kursus2 Bacelor Sains Hortikultur UPM akan di kemaskini di blog tersebut.

Malangnya demi keselamatan dan privacy, blog tersebut terpaksa di 'private' kan, yang bermaksud tiada orang lain boleh tengok kecuali empunya blog.


Rabu, 16 Mei 2018

Jom Sambung Belajar - Pengenalan

Habis Dip. Kej. Pertanian UPM tahun 1992. Sudah lebih kurang 26 tahun tetiba rasa nak sambung belajar balik.

Kursus apa ? InsyaAllah dah plan nak ambik Bacelor Sains Hortikultur UPM.

Sebab apa ? Sebab hortikultur adalah berkenaan pertanian / perkebunan lebih tepat.

Bila ? InsyaAllah dalam jangkamasa lagi 3 tahun lagi.

Kenapa 3 tahun, bukan sekarang ? Boleh guna duit EPF, tak payah hutang PTPTN. Dalam masa 3 tahun boleh study dahulu subjek2 terlibat. Tak adalah nanti terkejut. Anak2 pun dah besarkan.

Dorongan ? Diri sendiri untuk menambah ilmu perkebunan / pertanian secara lebih mendalam dan sistematik.

Target / matlamat ? Habiskan kursus dalam masa 4 tahun.

Kemudian ? Gunakan ilmu untuk kepuasan diri dalam berkebun. Mungkin juga boleh menjadi tenaga pengajar, sapa tahu !

Perancangan lain ? Buka perniagaan berkaitan perkebunan cth. nurseri, ladang sayur, ternakan dan sebagainya.

Sambung lagi Master / PhD ? InsyaAllah panjang umur boleh cuba, apa salahnya.