Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Buah-DurianBelanda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buah-DurianBelanda. Papar semua catatan

Rabu, 28 Julai 2021

Pindahkan Keratan Batang Pokok Durian Belanda Tut Air ke Nutripot Ringkas

Pada bulan Mei 2020, dua keratan batang durian belanda yang dibuat tut air telah dialihkan ke bekas tanaman dan diletakkan di dalam longkang.

Sepokok akhirnya mati dan sepokok terus hidup sampai sekarang.

Setelah lebih setahun, akhirnya anak keratan batang tut air durian belanda ini telah dialihkan ke dalam sistem nutripot ringkas 2 gelen.

Longkang pun dapat berfungsi untuk tanaman

Dipotong sedikit batangnya

Terbantut tumbesarannya

Dialihkan ke dalam sistem nutripot ringkas

Pokok induk durian belanda

Info ringkas durian belanda :


Video dibawah adalah proses memindahkan keratan batang tut air pokok durian belanda ke dalam nutripot ringkas :




Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :




#JomTanamSayur
#KebunBandar
#BatasTimbun
#BatasTimbunTropika
#RaisedBed
#GardenRaisedBed
#TropicalRaisedBed
#Permakultur
#Permaculture
#DurianBelanda
#Soursop

Selasa, 8 Disember 2020

Tuaian Buah Durian Belanda | Harvesting Soursop Fruit

Daripada 3 pokok durian belanda yang ada di kebun bandar JomTanamSayur ( JTS ), sepokok sudah berbuah.

Cuma kerana ditanam di tanah laman rumah yang keras dan padat, ianya mengambil masa yang lama untuk membesar, berbunga dan berbuah.

Alhamdulillah kali ini banyak putik yang berjaya menjadi buah. Tidak seperti sebelum ini yang banyak putiknya gugur.

Durian belanda atau soursop merupakan antara buah2an yang mempunyai nilai yang tinggi, harga runcit buah segar / matang boleh mencecah lebih rm20.00/kg.

Buahnya ada yang masam, masam manis dan manis.

Selain di makan segar, buahnya juga boleh dibuat jus, digoreng ( buah tua ) dll. Daunnya boleh dijadikan teh dan pelbagai kegunaan lagi.

Bunganya jenis hermafrodit / dwijantina dan boleh didebungakan sendiri, berbantu secara manual / berus dan teknologi goncangan ( shaker ).

Teknologi goncangan ( shaker ) dapat meningkatkan penghasilan putik buah sehingga 90%, berbanding 40% untuk kaedah manual / berus dan kurang 10% pendebungaan sendiri ( angin, serangga dll ).

Pokok yang sudah lebih 5 tahun ditanam tepi pagar di tanah liat yang keras dan padat.

Pokoknya tidak terlalu besar atau tinggi ( setakat ini )

Buah durian belanda bewarna hijau dan berduri lembut.

Lagi buah durian belanda yang sudah besar.
Bila warna buahnya sudah kekuningan, bolehlah dipetik dan diperam.

Bentuknya tidak seperti jantung yang mungkin berpunca dari pendebungaan tidak sempurna.

Setelah 2 malam diperam, akhirnya buah durian belanda masak.

Isinya putih dan mempunyai biji berwarna hitam

Jus durian belanda segar. Sedap dan menyegarkan.

Video dibawah adalah pokok durian belanda dan buah durian belanda di kebun bandar JomTanamSayur ( JTS ).


Selamat berkebun ya ...

Sentiasa sihat & bye ...

#JomTanamSayur
#DurianBelanda
#KebunBandar

Sabtu, 13 Julai 2019

Buah Pertama Durian Belanda Sudah Masak

Cabaran berkebun di tanah taman perumahan adalah untuk mendapat hasil tuaian terbaik. Tetapi itu semua akan menjadi pengalaman yang amat berguna di masa depan.

17.05.2019 sebiji putik durian belanda dikesan ditepi pagar dan hari ini ianya sudah masak dipokok dan dituai. Rasanya sangat manis dan sedap.




Jumaat, 17 Mei 2019

Buah Pertama Durian Belanda

Bunga sebelum ini tidak menjadi buah, tiba2 ternampak sebiji buah durian belanda yang masih muda tetapi agak besar. Bermakna ada harapan untuk lebih membesar dan matang InsyaAllah.




Selasa, 22 Januari 2019

Durian Belanda Sudah Berbunga

Setelah lebih 3 tahun akhirnya pokok durian belanda tepi pagar sudah berbunga

Pokok durian belanda tepi pagar, tanah liat yang padat membantutkan pertumbuhan pokok

Putik bunga berwarna hijau kekuningan dan mempunyai 3 kelopak

Adakah kerengga membantu pendebungaan atau merosakkan perkembangan putik buah ?

Selasa, 8 November 2016

Jom Tanam Buah - Durian Belanda

Kalau dulu buah durian belanda memang bersepah di kampung2, namun sekarang ianya sudah mempunyai nilai yg amat tinggi dipasaran. Beruntunglah siapa yg dapat mengenalpasti potensi buah durian belanda ini terlebih dahulu.

Durian Belanda
Pokok durian belanda didalam pagar

Pendek kata, harganya boleh tahan mahal

Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2