Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Klon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Klon. Papar semua catatan

Selasa, 24 Julai 2018

Pembiakan Tampang Pokok Lidah Mertua @ Sansevieria trifasciata

Selain dari pemisahan anak pokok lidah mertua aka sansevieria melalui rizom akar, pembiakan menggunakan daun juga boleh digunakan. Cuma hasilnya mungkin berbeza dari pokok induk, ini yang cuba dibuat untuk melihat hasilnya.



Selasa, 10 April 2018

Tomato Besar Klon Ke-1 Sudah Berbunga

Tomato besar klon dari keratan batang pokok tomato asal yang ditanam dalam tempat tanaman bertayar telah berbunga ... alhamdulillah



Sabtu, 7 April 2018

Pindahkan Tomato Besar Klon Ke-3,4,5,6,7

Daripada 6 keratan batang tomato yang direndam pada 2.4.18, 5 sudah berakar dan dipindahkan ke sistem hidroponik bekas botol air.


7.4.18 :

12.4.18 :


18.4.18 :

Isnin, 2 April 2018

Klon Tomato Lagi

Setelah 2 kali klon cara rendaman dengan air berhasil keratan batang tomato besar berakar, sebanyak 6 lagi keratan dibuat cara yang sama.

Yang ini juga insyaAllah jika berakar akan dipindahkan ke sistem hidroponik sumbu. Tak sabar nak tengok pokok tomato yang menjadi kerdil / dwarf dan berbuah besar.




Sabtu, 3 Mac 2018

Pembiakan Tampang Atau Klon Terung Telunjuk

Selepas keratan batang tomato yang sudah berakar dan dipindahkan ke bekas tanaman, giliran keratan batang pokok terung telunjuk pula cuba dibiakkan menggunakan kaedah klon.

Keratan barang diambil dari batang yang sudah tua dan pernah berbuah.

3.3.18 :


20.3.18 :

Khamis, 1 Mac 2018

Tomato Klon Sudah Berakar

Keratan batang pokok Tomato yang direndam pada 22.2.18 sudah berakar. Langkah seterusnya adalah memindahkan ke bekas tanaman.


1.3.18 :

6.3.18 :

Khamis, 22 Februari 2018

Pembiakan Tampang atau Klon Tomato

Tujuan utama pembiakan tampang adalah untuk mendapatkan hasil yang cepat kerana bahagian pokok yang di klon adalah bahagian matang pokok tersebut.

Percubaan meng 'klon' pokok tomato dengan menggunakan keratan batang dan direndam dahulu sehingga berakar.

22.2.18 :

26.2.18 :