Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Morfologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Morfologi. Papar semua catatan

Sabtu, 26 November 2016

Morfologi : Serai

Bagaimana struktur dan bentuk ( morfologi ) bagi tanaman herba serai. Berikut adalah morfologi ringkas dan asas tanaman serai.

1. Akar

morfologi akar pokok serai
Akar serai
Di bahagian akar serai terdapat rizom yang berfungsi sebagai cara serai membiak. Akar serai berwarna putih dan tumbuh di sekitar rizom.

2. Perdu

morfologi perdu pokok serai
Perdu serai
 Perdu serai ialah bahagian yang menyambungkan akar dan batang serai.

3. Batang


Batang serai ialah bahagian yang digunakan dalam masakan. Batang serai ditutupi oleh daun serai. Batang dan daun serai mempunyai warna yang sama iaitu kehijauan.

4. Daun

morfologi daun pokok serai
Daun serai
Daun serai berbentuk panjang dan lurus, berwarna kehijauan. Daun serai bila dipotong mengeluarkan bau yang tidak disukai oleh serangga.

5. Pucuk

6. Bunga

Pendek kata, morfologi serai senang untuk diingati
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2

Jumaat, 25 November 2016

Morfologi : Kailan

Bagaimana bentuk dan struktur atau lebih dikenali sebagai MORFOLOGI bagi pokok kailan. Kailan antara sayuran berdaun yang popular. Morfologi kailan berbeza mengikut varieti.

1. Akar

morfologi akar pokok kailan
Akar pokok kailan
 Akar kailan berwarna putih, tunjang berserabut.

2. Perdu

morfologi perdu pokok kailan
Perdu pokok kailan
Perdu adalah bahagian yang menyambungkan antara akar dan batang kailan. Kadang- kadang terdapatnya cabang tambahan kepada pokok kailan.

3. Batang

morfologi batang pokok kailan
Batang kailan
Batang kailan mempunyai warna hijau lembut seperti warna daun kailan. Di bahagian batang tumbuhnya daun kailan.

4. Daun

morfologi daun pokok kailan
Daun kailan
Bergantung kepada species atau jenis, ada daun kailan seperti diatas hijau dan bujur.

5. Pucuk

6. Bunga

morfologi bunga pokok kailan
Bunga kailan

Bunga kailan berwarna putih dan berkelopak kecil.

7. Buah

8. Biji

Pendek kata, macam-macam jenis dan bentuk yang ada
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2

Khamis, 24 November 2016

Morfologi : Kangkung Darat

Apakah MORFOLOGI asas ( struktur dan bentuk ) kangkung darat atau kangkung cabut. Di bawah adalah morfologi kangkung darat secara ringkas.

1. Akar

2. Perdu

kangkung
Perdu kangkung
Perdu kangkung ialah bahagian diantara akar dan batang pokok kangkung. Di perdu kangkung kelihatan akar pada buku pokok kangkung. Terdapat cabang tambahan di perdu pokok kangkung tetapi tidak pada semua pokok kangkung.


3. Batang

kangkung
Batang kangkung

Batang kangkung ialah bahagian yang menyambungkan perdu dan pucuk pokok kangkung. Di bahagian batang kangkung terdapatnya buku dan ruas. Di bahagian bukulah terdapatnya daun kangkung. 

4. Daun

kangkung
Daun kangkung
Daun kangkung berwarna hijau gelap dan berbentuk tirus seperti mata panah dengan urat daun jelas kelihatan.

5. Pucuk 

morfologi pucuk sayur kangkung darat
Pucuk kangkung darat


5. Sulur 

kangkung
Sulur pokok kangkung

Sulur pokok kangkung terhasil setelah umur pokok kangkung melebihi 4 minggu tanpa di cabut atau tuai. Sulur akan menjalar atau melilit apa sahaja bahan yang dijumpai. Pertumbuhan sulur kangkung sangat cepat.

6. Bunga


7. Buah



8. Biji


Pendek kata, setiap tumbuhan mempunyai struktur dan bentuk yang tersendiri
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2