Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Tumbuhan-Tebu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tumbuhan-Tebu. Papar semua catatan

Ahad, 18 Oktober 2026

Tanam Tebu Kuning Lagi

Memandangkan satu raised bed tebu kuning sedia ada dengan 6 rumpun tebu sudah 2 kali di perah airnya.

Beberapa lagi raised bed akan di tukar kepada raised bed tebu juga secara berperingkat sedikit demi sedikit.

Kali ini menggunakan kayu 2 inci x 2 inci dengan panjang 8 kaki dimana 2 kaki akan ditanam dalam tanah.

Kayu² ini disapu dengan minyak merah, dibalut dengan plastik wrap dan dipanaskan dengan pengering rambut supaya lebih kuat dan lekat.

Kaedah mengorek lubang untuk ditanam kayu juga di permudahkan. Kalau sebelum ini menggunakan pencapak tanah / scop tanah, kali ini menggunakan pula manual soil puncher yang berbentuk separuh bulatan.


































Link video :



3. Shopee :

Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah

Isnin, 12 Oktober 2026

Tebu Kuning Selepas 11 Bulan Di Raised Bed

Salah satu masalah dengan pokok tebu ialah ianya akan condong, bengkok, patah atau tumbang tanpa sokongan yang kuat.

Jika masalah sokongan ini dapat diatasi, kita akan dapat menghasilkan tebu² yang cantik, panjang dan lurus atau hanya sedikit bengkok.

Tebu yang lurus lebih mudah untuk di jaga, ditebang, dipotong dan dimesin dan ini akan menjimatkan masa.

Kebun dengan rumpun tebu yang tegak berdiri seragam akan menjadikan pemandangan lebih menarik.

Tebu matang dan sesuai di potong / tebang bila :
1. Usia lebih 9 bulan
2. Tinggi pokok lebih 10 kaki
3. Kulit luar tebu sudah kuning penuh
4. Batang tebu bahagian pucuk semakin pendek

Setelah ditebang, lebih kurang 2 kaki bahagian pucuk dari daun terakhir akan di potong. Bahagian ini kalau ada bela ternakan ruminan boleh jimatkan kos makanan ternakan.

















Link video :



3. Shopee : 

Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Rabu, 9 September 2026

Semaian Tebu Dalam Planter Bag 75 Liter

Setelah 2 minggu tebu² disemai dalam beberapa planter bag 75 liter, kini banyak yang sudah tumbuh.

Keratan batang bahagian.pucuk lebih cepat tumbuh dan berkualiti anaknya. Manakala keratan bahagian batang matang payah tumbuh, kadang² sahaja.

Anak semaian ini akan digunakan untuk sulaman dan juga tanaman tempat baru di raised bed ini juga.






Link video :



3. Shopee :

Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah