Tahun 2016 sudah menghampiri penghujung, semoga amalan kebaikan semakin bertambah tahun 2017. Seputar aktiviti di KTR kebelakangan ini. Fokus untuk mendapatkan cara terbaik "
Best Practice " dalam teknologi penanaman sendiri sayuran di halaman rumah a.k.a kebun bandar.
Jika ada teknik-teknik terbaru, dapatlah dikongsikan bersama hendaknya. Antara gambar2 yang sempat di koleksikan.
|
Menuai kangkung hasil pindahan dari projek kangkung tapis yang gagal kerana faktor baja yang tak berkualiti. Salad juga makin membesar walau teruk ditimpa iar hujan |
|
Kangkung tahan serangan perosak, manakala sawi disebelahnya teruk kena serang ulat seribu ( faktor air hujan mungkin menggalakkan pembiakan ulat ini kerana sawi yang tidak kena hujan tiada masalah pula ) |
|
Kobis yang sudah berkudup walaupun kecil kudupnya. Kobis perlukan teduhan dari panas membahang terutamanya musim panas |
|
Kobis di tanam di tanah rendah, panas dan hujan serta struktur tanah liat merupakan pengalaman berharga |
|
Tidak lama lagi kobis ini akan sampai ke penghujungnya, akan dituai mana yang elok |
|
Daripada 12 pokok, 2 rosak diserang ulat manakala lagi 10 pokok nampaknya masih elok. Masa menuai nanti tahulah apa keadaannya |
|
Apa akan berlaku jika kacang panjang dibiarkan menjalar tanpa junjung / para ? |
|
Pokok bendi yang perlu dipisahkan sepokok ke NutriPot Ringkas |
|
Lambatnya menunggu kangkung berbunga dan berbuah untuk dijadikan biji benih |
|
Terung dalam NutriPot Ringkas, hanya perlu tambah air seminggu sekali, tidak perlu jika hujan |
|
Antara NutriPot Ringkas yang telah ada, yang ini dipindahkan sayuran yang sudah besar. Akan dibuat lagi bermula dari anak sayuran untuk melihat keberkesanan kaedah NutroPot Ringkas ini |
|
Anak pokok tebu yang semakin membesar di Kebun Tepi Rumah |
Pendek kata, macam-macam cara menanam boleh dibuat
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan