Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label KebunTepiRumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KebunTepiRumah. Papar semua catatan

Sabtu, 17 Mei 2025

Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Berkebun adalah aktiviti berterusan bergantung kaedah berkebun itu sendiri.

Kebun tradisi perlukan lebih masa untuk mengurus berbanding kebun moden.

Pelbagai aktiviti dapat dibuat / dirancang untuk mendapatkan hasil yang maksimum dengan tempoh masa yang ada.

Penggunaan mesin² mini dapat menjimatkan masa mengurus kebun.














Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah

Selasa, 13 Februari 2018

Batas Tepi Pagar

Batas tepi pagar masih belum subur sepenuhnya, masih tanah liat bercampur batu2 sisa pembinaan. Memerlukan masa untuk lebih subur dan sesuai untuk tanaman.

Cuba menanam pisang, serai dll



Jumaat, 29 Disember 2017

Jumaat, 22 Disember 2017

Kebun Bandar - Impian vs Kenyataan

Kebun Bandar yang menghampiri kenyataan, bukan datang sekelip mata tetapi tetap bermandi peluh mengerah keringat, minda, mental dan emosi
















Ahad, 19 November 2017

Pasu Pintar ( Smart Pot ) - Bahagian 2 : Idea dan Konsep

Pemerhatian pada batas sayuran semasa dan selepas hujan menjadikan Pasu Pintar atau Smart Pot sebagai satu idea inovasi. Walaupun mungkin ada idea2 yang sama yang telah di buat oleh orang lain namun experimen secara hands on lebih memberi kepuasan.



Berbalik kepada batas sayuran ketika hujan didapati apabila air bertakung diantara batas sayuran, batas sayuran akan terbahagi kepada 2 bahagian :

1. Bahagian yang digenangi air akan basah iaitu tanah bahagian bawah pada batas
2. Bahagian batas yang lebih tinggi atau bahagian atas akan menjadi lembab

Apabila hujan berhenti dan air mulai kering, bahagian atas batas akan beransur2 menjadi kering manakala bahagian bawah batas akan beransur2 dari basah menjadi lembab dan seterusnya kering jika panas berterusan.

Perubahan kelembapan tanah ini tidak menjejaskan sayuran yang ditanam. Malahan cuaca negara kita    yang mengalami hujan panas, sentiasa hujan atau sentiasa panas dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Dengan itu sistem Pasu Pintar atau Smart Pot yang mudah, murah dan praktikal boleh dicuba.


Rabu, 15 November 2017

Bahan-bahan Pembuatan Kompos

Antara bahan-bahan dalam pembuatan kompos ialah daun-daun seperti daun tebu, daun pisang, daun serai, daun mangga dan berbagai lagi daun-daun yang boleh didapati di halaman rumah termasuk potongan rumput









Batas Timbun ( Raised Bed )

Batas timbun atau raised bed dapat dibuat 2 cara :

1. Dengan mengorek tanah asal dan dibuat batas
2. Tanpa mengorek tanah asal, hanya ditambah tanah baru diatas tanah asal

Tiada perbezaan ketara dari segi penghasilan cuma aspek kekemasan kebun akan sedikit berbeza

Batas timbun juga terbahagi 2 iaitu:

1. Batas tanpa penghadang
2. Batas dengan penghadang samada kayu, papan, plastik, genting dll











Selasa, 7 November 2017

Potong Rumput Lagi

Sebulan sekali rumput dihalaman rumah aka kebun bandar akan di potong. Selain menjadikan halaman rumah aka kebun bandar lebih kemas, potongan rumput sangat sesuai dijadikan kompos.

Potongan rumput ditabur atas batas sedia ada dan apabila batas digembur atau dibina kembali, potongan rumput ini akan dicampurkan sekali.





Jumaat, 15 September 2017