Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Sungkupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sungkupan. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Januari 2023

Fungsi Lain Sungkupan

Banyak fungsi sungkupan sebenarnya, antaranya :
1. Mengawal pertumbuhan rumput rumpai
2. Melambatkan kekeringan tanah
3. Menyejukkan tanah
4. Makanan kpd organisma tanah bila reput
5. Menghalang tempias air hujan ke pokok
6. Menyerap air hujan dgn baik
7. Sebagai bahan campuran tanah
8. Menjadi kompos -> humus / baja kpd tanaman / organisma tanah.

Sungkupan dapat dibuat dari pelbagai bahan yang bersifat organik dan boleh reput dalam jangkamasa pendek dan sederhana.

Antaranya ialah daun² kering, potongan rumput, racikan sisa kebun, kotak² kertas, bekas telur dan seumpamanya.




























Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah 

Link video :



Artikel berkaitan : 




Khamis, 27 Oktober 2022

Sungkupan Raised Bed Dari Racikan Sisa Kebun

Sisa kebun yang diracik menggunakan mesin mini chopper akan di letakkan di raised bed atau batas timbun.

Racikan lebih halus lebih cepat mereput dan terurai menjadi kompos, humus dan baja organik kpd tànah dan tanaman.

Antara kebaikan sungkupan :

1. Menjimatkan penggunaan tanah - sungkupan akan mulai mereput sikit demi sedikit tetapi dengan penambahan sungkupan yang berterusan akan dapat menjimatkan penambahan tanah di raised bed.

2. Menjimatkan penggunaan baja - baja organik dari sungkupan yang sentiasa ditambah dan siraman organik akan membolehkan penggunaan baja kimia di kurangkan sekadar perlu sahaja.

3. Menjimatkan penggunaan air - sungkupan yang sesuai dapat meningkatkan kadar serapan air siraman, air embun dan air hujan.

4. Melambatkan pengeringan tanah - dengan adanya sungkupan yang cukup dapat menghalang cahaya terus matahari terus ke tanah raised bed. Melambatkan pengeringan tanah.

5. Mengurangi pertumbuhan rumput - sungkupan yang tebal dapat menghalang benih² rumput dari tumbuh sekaligus mengurangkan persaingan dengan tanaman.

6. Melonggarkan tanah - sungkupan yang mulai mereput dan bercampur dengan tanah akan membuat tanah lebih longgar dan mudah diuruskan.

7. Mempunyai nilai estetika - sungkupan dari bahan yang baik seperti racikan daun², potongan rumput dapat menjadikan kebun lebih kemas dan teratur.

8. Menjimatkan masa berkebun - masa untuk menyiram, membaja, merumput dapat dikurangkan menjadikan kerja² mengurus kebun lebih baik dan sistematik.

9. Mengitar semula sisa kebun - sungkupan dari sisa kebun dapat menjimatkan kos pelupusan sisa kebun.

10. Sebagai bahan tambahan tanah - sungkupan  juga dapat di campur bersama tanah untuk melonggar dan menyuburkan tanaman.








Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :






Ahad, 21 Mac 2021

Meracik Sisa Kebun | Cutting Garden Waste

Semakin banyak tanaman ditanam di kebun bandar, semakin banyak sisa kebun terhasil.

Semakin banyak sisa kebun terhasil, semakin banyak kos dapat dijimatkan.

Tetapi, semakin banyak sisa kebun, semakin banyak pula kerja meracik perlu dilakukan.

Sehingga tidak habis dalam satu hari kerja2 meracik sisa kebun ini. Makan hari atau minggu bergantung kepada masa yang ada.

Mungkin sudah masanya mesin pemotong atau mesin peracik sisa kebun di cari.

Banyak ... belum habis kumpul lagi 

Macam2 ada ...

Tebu, kantan, pisang, kelapa dll

Boleh dikomposkan disini

Atau sini

Dijadikan sungkupan juga kompos di sini 

Di sini juga 

Kesuburan tanaman yang ditambah sisa kebun makin baik.

Video di bawah adalah bahan2 sisa kebun yang diracik secara manual dan sedikit demi sedikit.


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ...

#JomTanamSayur
#SisaKebun
#GardenWaste

Selasa, 7 Januari 2020

Sungkupan dari Anak Pokok Kurma

Ada beberapa lebihan anak pokok kurma di halaman rumah telah dipotong / diracik kecil dan ditabur ke batas timbun. Perlu berhati2 kerana daun pokok kurma keras dan tajam dan agak menyakitkan jika tercucuk.









Selasa, 24 Disember 2019

Sungkupan dari Pelepah / Daun Kelapa

Pelepah / daun kelapa juga boleh dipotong dan dijadikan sungkupan / bahan kompos.

Banyak kegunaan pelepah / daun kelapa, termasuk bidang perkebunan sebagai sungkupan / bahan kompos batas timbun

Sebelum sungkupan / bahan kompos dari pelepah / daun kelapa diletakkan di batas timbun

Setelah di letakkan sungkupan / bahan kompos dari pelepah / daun kelapa. Selepas ini perlu ditambah tanah dan sungkupan / bahan kompos lagi sehingga penuh batas timbun

Sabtu, 7 September 2019

Mudahnya Berkebun Cara Ruth Stout

Tak perlu banyak kerja yang teruk2, cuma letak benih dan tutup dengan daun2, jerami atau rumput2 kering. Tanah yang lembab, suhu yang sesuai, hujan dan panas serta tanah yang kaya dengan nutrien akan memberikan kehidupan baru kepada benih tersebut InsyaAllah.


Kaedah berkebun tanpa kerja yg teruk sepertimana yang diamalkan oleh Ruth Stout bukanlah perkara baru kerana itulah apa yang Allah ajar kepada manusia dengan perantaraan alam.

Mungkin kita biasa dengan keadaan dimana biji2 sisa makanan, buah2an dan sebagainya boleh tumbuh selepas dicampakkan sahaja di sesuatu sudut kawasan. Apatah lagi jika kawasan tersebut lembab dan sedikit semak.

Begitu juga biji benih yang dibawa angin, burung, serangga dll juga dapat tumbuh bila keadaan sesuai.

Kaedah Ruth Stout boleh diamalkan dimana2 sahaja didunia ini dengan sedikit pengubahsuaian supaya sesuai dengan keadaan setempat.

Kata kunci / keyword disini ialah " SESUAI" . Kalau keadaan sesuai, biji benih atau bahan tanaman boleh tumbuh InsyaAllah. Kerja kita ialah menyesuaikan keadaan tempat tanaman atau kebun supaya sesuai dengan jenis tanaman yang hendak ditanam.

Ruth Stout ( 1884 - 1980 ) terkenal kerana kaedah penanaman yang menggunakan sungkupan / banyak sungkupan tanpa perlu kepada kerja2 fizikal berkebun yang biasa yang berat dan meletihkan.

Antara buku beliau yang popular ialah :
1. The Ruth Stout No-Work Garden Book : Secrets Of The Famous Year Round Mulch Method
2. Gardening Without Work : For the Aging, the Busy and the Indolent
3. How to have a Green Thumb Without an Aching Back : A New Methode Of Mulch Gardening
4. If You Would Be Happy : Cultivate Your Life Like A Garden

dan banyak lagi buku2 beliau yang popular berkaitan berkebun.

Semoga bermanfaat.