Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label BatasTimbun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BatasTimbun. Papar semua catatan

Ahad, 12 April 2026

Pisang Emas Setelah 8 Bulan di Raised Bed

Masanya semakin hampir untuk 3 pokok pisang emas ini berjantung. Daun²nya sudah memendek dan pokoknya juga sudah besar dan tinggi.

Lagi 3 pelepah daun dibuang, menjadikan 21 jumlah keseluruhannya setakat ini. Seperti biasa pelepah² pisang ini diracik kecil² sebagai sungkupan kepada raised bed.




Sebelum pangkasan bulan ke 8




Selepas pangkasan bulan ke 8.

Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Sabtu, 4 April 2026

Tebu Kuning Setelah 5 Bulan Di Raised Bed

Setelah 5 bulan tebu kuning ditanam di raised bed tepi rumah ini, keadaannya makin baik. Banyak anak² tebu yang muncul dan batang² tebu juga mulai menguning.

Antara serangga perosak setakat ini adalah semut² kecil yang berada di celah² ketiak daun ( bahagian antara buku dan daun ). Satu lagi ialah lalat putih ( white fly ) yang biasanya akan cuba berkoloni pada satu atau dua daun dahulu sebelum merebak ke seluruh rumpun tebu jika tidak dihapuskan.

Daun² perlu dibuang ketika daun² terbuka sekitar 45°. Ini akan mempercepatkan kematangan tebu dan menghasilkan ruas² tebu yang lebih panjang. Lebih panjang ruas² tebu bermakna lebih banyak air tebu dapat dihasilkan.

Biasanya tebu yang beruas panjang dengan ketinggian melebihi 10 kaki serta ukur lilit yang sesuai boleh ditebang setelah 9 bulan usianya.




Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah ...



Ahad, 11 Januari 2026

Pisang Emas Setelah 5 Bulan Di Raised Bed

Setelah 5 bulan, pokok pisang emas ini makin meninggi dan daun²nya juga sudah membesar dengan baiknya.

Pembajaan dan siraman dibuat menggunakan baja kopi dan baja npk buah. Anak² pisang yang tumbuh kembali juga dibuang semuanya.

Sisa² organik yang diletakkan di raised bed atau batas timbun juga mulai mereput dan membantu mengekalkan kelembapan tanah.

Sebulan sekali sisa² potongan rumput juga diletakkan di raised bed pisang emas ini untuk membekalkan nutrien jangka masa sederhana.

Menunggu masanya untuk pisang berjantung, berputik dan masak. Lebih kurang pada bulan ke 8 atau 9 nanti iaitu pada bulan Mac atau April 2026 nanti - inshaAllah.



Sebelum kemasan dibuat ...



Selepas kemasan dibuat ...

Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Khamis, 25 Disember 2025

Buah Jambu Batu " Tut "

Setelah 3 tahun dialihkan ke raised bed bulat tepi pagar, pokok jambu batu tut ini semakin membesar dengan baik.

Selalu berbunga, berputik dan berbuah terus menerus sepanjang tahun. Saiz buahnya bergantung kepada penjagaan terutama pemberian baja yang berkualiti.

Untuk elakkan serangan lalat buah, putik jambu batu sebesar ibu jari atau lebih kecil lagi sudah perlu dibungkus.

Penuaian dibuat apabila buah jambu batu tut sudah besar dan warnanya sudah bertukar dari hijau tua kepada hijau muda kekuningan.

Ada lagi satu pokok tut juga sudah berbuah dalam pasu dan satu lagi baru mula berputik dalam raised bed bulat.








Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Ahad, 7 Disember 2025

Pisang Emas Selepas 4 Bulan Di Raised Bed

Sedar tak sedar dah 4 bulan anak pisang emas ini di raised bed. Setakat ini perkembangannya sangat menggalakkan.

Dah banyak sulur atau anaknya yang muncul dan pokoknya juga dah semakin besar. Daun²nya sudàh semakin lebar dan hijau.

Kali ini semua sulur dibuang untuk fokus kepada pokok induk dahulu.

Kali ini sebanyak 5 helai daunnya dibuang menjadikan keseluruhannya 13 helai daun dibuang setakat ini.

Pembajaan dengan baja npk dibuat. Air siraman dari air rendaman kulit tebu juga dicurahkan.




















Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Jumaat, 14 November 2025

Anak Pokok Pisang Emas Setelah 3 Bulan di Raised Bed

Begitu pantas masa berlalu, sedar² dah 3 bulan anak pokok pisang emas di raised bed bekas jagung ini.

Alhamdulillah, tumbesarannya amat baik setakat ini. Nampak ruang antara pelepah yang luas / jauh dengan pelepah sebelum dan selepasnya, menunjukkan anak pokok pisang emas ini tumbuh dengan subur.

Kali ini 5 helai daun dibuang menjadikan jumlahnya 8 setakat ini. Daun² diracik di raised bed itu sendiri.

Pembajaan di keliling pokok pisang dibuat dengan baja kopi dan baja npk biru. Penambahan sisa dapur ke dalam pasu yang diletakkan antara 2 pokok pisang dibuat secara berkala.

Keratan tebu sisa dari untuk benih ditambahkan ke perdu pokok pisang juga. Tujuannya untuk pemerhatian kesan keratan tebu terhadap pertumbuhan pokok pisang emas pula.

Pemerhatian sebelum ini mendapati keratan tebu dapat mempercepatkan proses tumbesaran dan pembuahan bagi pokok pisang tanduk - wallahuaklam.












Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah


Selasa, 11 November 2025

Tanam Tebu Kuning Lagi

Penanaman tebu kuning kali ke-2 di raised bed telah dibuat. Tiang dari kayu meranti yang telah dibalut dengan plastik saiz 2 inci x 2 inci x 8 kaki dan telah ditanam 2 kaki.

Tanah raised bed digembur beberapa kali dan tiang dikukuhkan dengan memadatkan tanah di sekitarnya.

Keratan batang tebu dari serumpun tebu yang telah ditebang sebelumnya telah digunakan.

Setiap tiang diletakkan 3 keratan membentuk segitiga dan ditimbus sedikit dengan tanah supaya mempercepatkan pertumbuhan tunas tebu.

Selepas siraman, sungkupan diletakkan menggunakan racikan daun tebu dan daun buluh.























Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Khamis, 6 November 2025

Serumpun Tebu

Ada satu rumpun tebu dibiarkan untuk menjadi benih. Pokoknya ada yang sudah tinggi dan rebah ke bumi. Ada juga anak² tebu yang sedang naik.

Akhirnya batang² tebu yang matang ditebang untuk dijadikan jus tebu. Sisa² perahan tebu / hampas tebu dan kulit tebu direndam untuk menjadi baja cecair. Hampasnya nanti boleh dijadikan sungkupan atau bahan kompos.

Pucuk tebu akan ditanam semula di raised bed tebu yang baru dibuat semula. Manakala batang² tebu yang kurang cantik akan dijadikan "booster" pokok pisang. Daun² tebu pula sebagai sungkupan.


























Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah