Video Terbaru @JomTanamSayur

Jumaat, 29 November 2019

Batas Timbun Menghalang / Mengurangkan Jangkitan Penyakit Bawaan Tanah

Tanah yang longgar memudahkan organisma tanah ( mikro & makro ) untuk membina kehidupan. Dengan pelbagai tanaman yang ditanam dibatas timbun memungkinkan populasi pelbagai jenis organisma baik ( suburkan tanaman ) lebih banyak berbanding organisma jahat ( pembawa penyakit ).

image :59degree.ce

Jaringan / Rantaian Makanan Tanah ( Soil Food Web ) yang sempurna akan mengimbangi populasi organisma perosak berbanding organisma berguna. Tanaman yang sihat juga akan membekalkan makanan keperluan organisma tanah lebih banyak berbanding tanaman yang sakit.

Mungkinkah tanah yang longgar dan mempunyai banyak bahan organik dan tanpa penggunaan bahan kimia ( baja kimia, racun kimia dll ) dapat membantu menghalang penyakit hasil pembiakan bakteria jahat dalam tanah ?


Tanah yang longgar juga mampu membantu akar tanaman bergerak lebih jauh dan mendapatkan nutrien, air, udara dll yang cukup dan berfungsi membaiki kerosakan akibat jangkitan organisma / bakteria jahat.

Bahan organik / kompos / humus dan sebagainya yang sentiasa ditambah dibatas timbun juga akan membekalkan makanan secara berterusan kepada organisma tanah. Penambahan bahan2 tambahan tanah juga akan mengelakkan tanah batas timbun menjadi padat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan