Alhamdulillah, setelah 2 bulan ditanam di raised bed, 3 anak pokok pisang emas telah naik dengan cantik.
Manakala 1 lagi anak pokok pisang emas yang ditanam dalam raised bed bulat tepi pagar telah mati dan diganti dengan anak pokok kantan.
Ada 3 pelepah daun pisang di potong / di buang dari setiap pokok dan sisa²nya diracik sebagai sungkupan raised bed.
Pelepah / daun pisang ini akan dikira jumlahnya sehingga tuaian dibuat untuk mengetahui jumlah keseluruhannya.
Setelah itu pembajaan dengan baja kopi + npk dibuat dan disiram.
Setelah 2 bulan, pokok pisang cepat membesar apatah lagi kalau tanah subur, air & baja cukup, ruang mencukupi dan cahaya yang cukupSeronok dapat tengok pokok pisang membesar depan mata Daun yang tak sabar² nak keluar terutama musim hujan Warna daun menjadi petunjuk kesuburan tanah dan kesihatan pokok pisang Disini telah ditanam dengan anak pokok kantan pula Selepas 3 pelepah / daun pisang dibuang, dibaja dan disiram Semoga tumbuh sihat hingga berjaya dituai buahnya ... inshaAllah
Link video :
Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah