Video Terbaru @JomTanamSayur

Ahad, 20 September 2020

Kawat Jaring, Batas Timbun & Pokok Betik

Bahan-bahan :

Bahan2 untuk membuat Batas Timbun ( Raised Bed ) menggunakan dinding kawat jaring di kebun bandar JomTanamSayur ( JTS ).

1. Kawat jaring
2. Kotak kertas
3. Bahan2 kompos
4. Ranting kayu
5. Tanah dan campuran tanah
6. Baja organik, sintetik atau keduanya.

Cara membuat dinding Batas Timbun ( Raised Bed ) dari kawat jaring :

1. Kawat jaring dipotong dengan ketinggian 1kaki.
2. Buat bulatan dengan diameter 3kaki ( +/- 1meter ).
3. Kotak kertas juga dipotong ketinggian 1kaki sebagai lapik bahagian dalam dinding Batas Timbun ( Raised Bed ).
4. Ranting kayu dipotong dan dijadikan penahan kotak.





Cara2 Penyediaan Batas Timbun ( Raised Bed ) Berdinding Kawat Jaring.

1. Letakkan kawat jaring ( dinding ) di tempat yang dikehendaki diatas tanah asal.
2. Letakkan kotak kertas yang telah dipotong dibahagian dalam kawat jaring ( dinding ).
3. Masukkan bahan2 kompos, sisa kebun dan sebagainya.
4. Letakkan tanah secara merata.
5. Taburkan baja samada organik ataupun sintetik secara merata.
6. Ulang langkah 3, 4  & 5 sehingga Batas Timbun ( Raised Bed ) hampir penuh.
7. Bahagian atas sekali adalah untuk sungkupan ( sungkupan terbaik mungkin dari potongan daun tebu, buluh, lalang, serai dan sebagainya ).








Cara2 Menanam Pokok Betik di Batas Timbun ( versi JTS ).

1. Buat lubang hingga separuh Batas Timbun ( bergantung kepada saiz & tinggi bahan tanaman, kedalaman maksima diaras tanah asal saja ).
2. Tanam pokok betik dan kambus seperti biasa. Sungkupan diratakan.
3. Siram sehingga tanah benar2 lembab ( bahan2 kompos didalam tanah yang lembab lebih cepat mereput dan terurai ).





Cara2 Penjagaan Tanaman Betik di Batas Timbun

1. Penyiraman bertumpu ke Batas Timbun. Tidak perlu jika hujan atau musim hujan.
2. Penambahan bahan kompos dan tanah secara berkala untuk kekalkan kelonggaran tanah.
3. Pembajaan mengikut peringkat tumbesaran pokok. Kekurangan / kelebihan unsur akan kelihatan pada pokok samada daun, pucuk, bunga, buah dan sebagainya.
4. Kawalan penyakit dan perosak secara berkala juga penting untuk mengelakkan kerugian.
5. Buah betik perlu dituai bila sudah matang ( mengikut keperluan penggunaan ).

Video

Sila tonton video dibawah untuk proses2 pembuatan batas timbun ( raised bed ) menggunakan kawat jaring sebagai asas dinding.


Selamat berkebun ...

#JomTanamSayur
#BatasTimbun
#Betik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan