Video Terbaru @JomTanamSayur

Rabu, 11 Januari 2023

Korek Lubang Untuk Projek Biochar

Pembakaran terbuka sisa2 organik akan menghasilkan asap dan abu yang tidak dapat digunakan semula secara berkesan / efisien.

Oleh itu teknik pembakaran kurang oksigen atau pirolisis boleh digunakan.

Antara bahan² organik yang biasa di buat bioarang / biochar ialah :
1. Sisa kayu
2. Buluh
3. Sekam
4. Tempurung
5. Tongkol jagung
6. Tandan kosong sawit
7. Kenaf

Ada banyak variasi teknik dan sistem pirolisis bergantung kepada kemampuan kewangan.

Untuk kebun skala kecil, boleh menggunakan teknik pirolisis tradisional / konvensional iaitu dengan cara menggali lubang.

Lubang yang digali mesti mempunyai kedalaman yg sesuai dgn lebar dan panjang bukaan.

1. Ini untuk memastikan peredaran udara / oksigen yang kurang supaya pembakaran adalah perlahan tetapi menyeluruh.

2.  Angin kuat juga perlu di jauhi. Sebaiknya kawasan operasi adalah panas tetapi tidak berangin.

3. Bahan² organik yang digunakan mestilah sudah kering sepenuhnya. Ini supaya pembakaran dapat dicepatkan dan asap dapat dikurangkan.

4. Lubang pembakaran juga mestilah kering. Sebaiknya bukan kawasan berair supaya pembakaran dapat berlaku tanpa gangguan asap yg banyak.

5. Teknik pembakaran dalam lubang pirolisis juga mesti mengikut saiz bahan2 organik dan kuantiti yang digunakan.

6. Setelah pembakaran lengkap, siraman air dilakukan untuk memadam sisa bara api. Jika tidak, pembakaran akan terus berlaku sehingga jadi abu.
















Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :







2 ulasan:

  1. Tak sampai satu meter dah ada sumber air.
    Boleh buat kolam ternak ikan nampaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun pening dah ni ... lain nak buat lain yg jadi nanti ... 😅

      Padam