Video Terbaru @JomTanamSayur

Selasa, 14 Mac 2023

4 Prinsip Pembinaan Raised Bed Tropika

Untuk mendapatkan hasil terbaik ada beberapa prinsip pembinaan raised bed tropika yang saya buat.

Ada 4 prinsip yang saya amalkan :

A. Untuk Raised Bed Baru

1. Dinding - penggunaan utama dinding untuk mendapatkan bentuk raised bed yang dikehendaki.

2. Bahan² organik - tujuan utama penggunaan banyak bahan² organik untuk melonggarkan tanah raised bed.

3. Tanpa gali - selepas dinding dipasang dan bahan² organik di masukkan barulah tanah lain dimasukkan ke dalam raised bed.

4. Sungkupan - tujuan utama sungkupan untuk mengurangkan pertumbuhan rumput rumpai.

B. Untuk Raised Bed Sedia Ada

1. Penambahan tanah dan sungkupan dibuat secara berkala bila perlu untuk raised bed yang produktif ( yg ada tanaman ).

2. Selepas setiap tuaian / musim, selepas dicabut sisa² tanaman, tanah akan digemburkan semula. Sungkupan² akan digaulkan sekali ke dalam tanah. Penambahan tanah dan sungkupan dibuat jika perlu.

3. Siraman dan pembajaan tetap dibuat walaupun raised bed masih kosong tanpa tanaman untuk memastikan raised bed bersedia untuk digunakan bila² masa.












Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat selalu ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :



2 ulasan: