Lebih kurang 5 bulan lepas, 4 batang pokok betik muda telah ditut. Dan dua darinya telah tumbang awal akibat angin kuat, manakala yang ketiga tumbang pada bulan kedua dan telah dipindahkan kedalam planter bag dan yang keempat telah di kerat dan dialihkan ke dalam planter bag pada bulan ketiga.
Tut nombor 3 dan 4 nampaknya telah berjaya hidup dan membesar di dalam planter bag, cuma mungkin kerana isipadu tanah yang terhad, pembungaannya agak terganggu.
Pokok² yang tumbuh sembarangan tanpa di alihkan ke kawasan yang betul akan menimbulkan masalah di masa hadapan.
Begitulah yang terjadi dengan pokok betik di raised bed kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ) ini.
Pokok² di raised bed dapat tumbuh dengan baik kerana tanah raised bed yang longgar, kandungan organik yang banyak, kelembapan berpanjangan serta pembajaan yang tepat.
Sebelum pokok betik ini tumbang kali ke3 ianya perlu di tebang terkebih dahulu.