Video Terbaru @JomTanamSayur

Khamis, 12 Jun 2025

Raised Bed Sederhana Pokok Bendi

Raised bed adalah teknik berkebun zaman berzaman yang terbukti berhasil dan mempunyai banyak kelebihan.

Walaupun hanya menggunakan bahan2 asas sebagai dinding, media tanam dan sungkupan, ianya tetap berjaya menghidupkan tanaman di dalamnya.

Raised bed bendi ini asalnya adalah satu raised bed besar yang telah dipecah dua menjadi 2 raised beds.

Satu raised bed ditanam dengan kangkung dan satu lagi dengan bendi ini.

Setelah 2 bulan lebih sedikit dari semaian biji terus ke raised bed, buah bendi mulai membesar dan boleh dipetik.

Raised bed besar pada asalnya

Jadikan 2 raised beds standard

Yang ini untuk bendi

Benih tanam terus ke lubang di raised bed

Hampir semuanya tumbuh

Sungkupan dari sisa² pokok pisang

Semakin membesar

Siraman bila tiada hujan

Membesar dengan baik sekali

Satu pokok mati ... 

Sungkupan yang tebal menghalang tumbuhnya banyak rumput rumpai

Setelah 2 bulan setengah lebih kurang dari semaian biji benih

Dah mula berbunga dan berputik

Lepas ini jenuh makan masakan berasaskan bendi ...

Ada 1,2 atau 3 pokok selubang, tiada penjarangan dibuat

Bendi adalah tanaman " kuat makan", jadi air dan baja amat penting untuk tumbesaran yang baik ... tanah raised bed yang longgar pula memudahkan akar² pokok bendi untuk mendapatkan keperluannya ... wallahu a'lam

Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah

2 ulasan: