Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Buah-JambuBatu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buah-JambuBatu. Papar semua catatan

Ahad, 25 Januari 2026

Alihkan Pokok Jambu Batu Tut

Selepas lebih 3 tahun ditut dan lebih 2 tahun di alihkan ke pasu plastik, hari ini dialihkan ke beg tanaman ( planter bag ).

Sebelum itu pokok jambu batu ini telah dipangkas untuk mendapatkan bentuk yang lebih cantik dan rendah.













Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Khamis, 25 Disember 2025

Buah Jambu Batu " Tut "

Setelah 3 tahun dialihkan ke raised bed bulat tepi pagar, pokok jambu batu tut ini semakin membesar dengan baik.

Selalu berbunga, berputik dan berbuah terus menerus sepanjang tahun. Saiz buahnya bergantung kepada penjagaan terutama pemberian baja yang berkualiti.

Untuk elakkan serangan lalat buah, putik jambu batu sebesar ibu jari atau lebih kecil lagi sudah perlu dibungkus.

Penuaian dibuat apabila buah jambu batu tut sudah besar dan warnanya sudah bertukar dari hijau tua kepada hijau muda kekuningan.

Ada lagi satu pokok tut juga sudah berbuah dalam pasu dan satu lagi baru mula berputik dalam raised bed bulat.








Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Ahad, 23 Mac 2025

Jambu Batu Tut Terkini

Setelah 2 tahun 2 bulan jambu batu tut ini di alihkan ke raised bed bulat tepi pagar, ianya masih terus membesar dan berbuah.

Cuma perlu dibuat pangkasan pokoknya, penjarangan buahnya dan dibalut untuk dapatkan buah yang besar dan berkualiti.






Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :


Jumaat, 13 Disember 2024

Pindah Pokok Jambu Batu Tut

Satu lagi pokok jambu batu tut telah dipindahkan ke raised bed bulat bekas tanaman bayam brazil.

Pokok jambu batu ini telah lama ditut tetapi tidak dapat membesar kerana berada di dalam beg poli yang kecil.

Berbanding saing²nya yang telah membesar dengan jayanya.







Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :



Sabtu, 13 Januari 2024

Sabtu, 17 Jun 2023

Balut Buah Jambu Batu Pokok Tut

Proses tut 2 bulan, pindahkan ke beg poli 2 bulan dan selepas 5 bulan dialihkan ke raised bed bulat tepi pagar, buah jambu perlu dibalut.

Alhamdulillah, meriah berbunga dan berbuah. Kali ini ada lebih kurang 9 biji yang dibalut.

Balutan perlu dibuat terutamanya untuk elakkan lalat buah dan perosak² yang lain.









Selamat berkebun ...

Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah


Link video :

1. Shorts : https://youtube.com/shorts/TdasblclPWk?feature=share4

2. Tiktok  : https://vm.tiktok.com/ZSLMqK6EE/

Artikel berkaitan :

1. https://jomtanamsayur.blogspot.com/2023/06/raised-bed-bentuk-bulat-yang-cantik.html#c3663021956932548932

2. https://jomtanamsayur.blogspot.com/2023/06/tutup-lubang-biochar-move-on-projek-lain.html

3. https://jomtanamsayur.blogspot.com/2023/06/benih-bendi-fresh-dari-kebun.html


Isnin, 16 Januari 2023

Pindah Tanam 1 Tut Jambu Batu

Daripada 5 tut yang dialihkan ke dalam beg poli hampir 2 bulan lepas, 1 mati tinggal 4.

Hari ini nak alihkan 1 tut yg paling cantik ke raised bed bulat yg sebelum ini ditanam dengan pokok pisang cavendish ( pisang rendah sebenarnya ).

Tanah digemburkan terlebih dahulu, dibuat lubang dan ditanam tut jambu batu tersebut.

Siraman dan sungkupan seperti biasa akan di lakukan.






Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Link video :



Artikel berkaitan :