Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Buah-Nenas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buah-Nenas. Papar semua catatan

Ahad, 19 April 2026

Tuai Nenas MD2 Belakang Rumah

Daripada 5 pokok nenas md2 yang sudah berbuah dibelakang rumah, 1 sudah mulai kekuningan dan dipetik hari ini.

Tetapi pokok nenas md2 ini tidak mengeluarkan sulur tanah ataupun sulur angin. Hanya sulur jambul yang ada.

Setelah ditimbang, beratnya tanpa sulur jambul adalah 1.75kg. Berat yang sederhana kerana pernah ada yang mencapai 2kg lebih sebelum ini.

Sulur jambul direndam dalam sedikit air manakala sisa pokok nenas akan diracik sebagai sungkupan.









Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah


Sabtu, 28 Mac 2026

Pokok Nenas MD2 Belakang Rumah Terkini

Ada 13 pokok nenas md2 yang ditanam masa kini dibelakang rumah. Semuanya ditanam dalam kotak gabus / polisterin bekas sayur dari kedai² runcit / pasaraya.

Menggunakan tanah hitam sawit pada awalnya. Kerana pertumbuhannya yang baiķ, maka penggunaan tanah hitam sawit sebagai media tanam diteruskan.

Sebulan sekali baja diletakkan bergantung peringkat tumbesaran. Siraman 2 hari sekali jika tiada hujan.















Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah


Rabu, 4 Februari 2026

Kemas Pokok Nenas Belakang Rumah

Ada 13 pokok nenas berbagai peringkat usia yang ditanam sudah berulangkali di dalam kotak polisterine di bahagian belakang rumah.

Pemilihan kawasan belakang rumah kerana pokok nenas lebih tahan lasak dan tidak perlukan penjagaan yang lebih.

Penggunaan tanah hitam sawit, siraman bila tiada hujan, membaja sebulan sekali sudah memadai.

Manakala merumput pula dibuat apabila sudah terlalu banyak rumput yang tumbuh dan menyukarkan kerja² pengurusan pokok² nenas ini.

Setakat ini sudah ada 4 pokok yang berputik dimana 2 darinya sudah menampakkan buahnya.






















Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah


Rabu, 20 Ogos 2025

Tanam Sulur Nenas MD2 Dalam Kotak Gabus / Polisterin

Tunggul nenas md2 yang diletakkan diraised bed setelah buahnya dituai pada asalnya supaya mereput akhirnya telah bertunas dengan baik.

Setelah tunas²nya agak besar, ianya telah di petik dan direndam dalam bekas berisi sedikit air.

Lebih kurang 10 hari kemudian tunas² tersebut telah berakar baru dan proses penanaman ke dalam kotak gabus / polisterin telah dibuat.

Kawasan pelupusan tunggul² nenas md2

Tunas² yang semakin membesar

Rendam dalam bekas berisi sedikit air

Cara mudah untuk akarkan tunas² nenas

Selepas 10 hari, akar² putih dah keluar

Tanam dan siram, nenas tidak perlukan air banyak

Seronok tengok pokok² nenas membesar

Ladang nenas belakang rumah ... 😁

Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Jumaat, 2 Mei 2025

Syok Juga Tanam Nenas Belakang Rumah

Oleh kerana pokok nenas bukanlah jenis tanaman cerewet, maka ianya boleh ditanam ditempat yang lebih jauh seperti belakang rumah.

Tempat yang mendapat matahari penuh pagi dan tengahari, manakala petangnya pula redup.

Air hujan juga dapat terus masuk ke kotak gabus / polisterin dan mengurangkan siraman manual.

Merumput, membaja dan menyiram antara perkara penting untuk tumbesaran nenas yang baik.

Selepas setahun lebih, buah nenas boleh dituai.

Nenas varieti md2 sangat sesuai untuk kebun perumahan kerana ianya kurang berduri, buahnya besar dan isinya manis serta tidak lidas.

Tanah hitam sawit juga didapati sangat sesuai untuk pengakaran pokok nenas mungkin kerana ianya tidak terlalu padat.

Sungkupan dari sisa daun² pokok nenas yang di racik atau rumput² yang dicabut juga banyak membantu memanjangkan tempoh kelembapan tanah.
















Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah