Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label KebunMini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KebunMini. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Mac 2026

Pokok Nenas MD2 Belakang Rumah Terkini

Ada 13 pokok nenas md2 yang ditanam masa kini dibelakang rumah. Semuanya ditanam dalam kotak gabus / polisterin bekas sayur dari kedai² runcit / pasaraya.

Menggunakan tanah hitam sawit pada awalnya. Kerana pertumbuhannya yang baiķ, maka penggunaan tanah hitam sawit sebagai media tanam diteruskan.

Sebulan sekali baja diletakkan bergantung peringkat tumbesaran. Siraman 2 hari sekali jika tiada hujan.















Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah


Isnin, 25 Ogos 2025

Kemas Kebun

Setelah 3 tahun, mini raised beds di tepi longkang yang asalnya pokok nenas, kunyit, lengkuas, temulawak dan halia akan dikemaskan.

Sedikit demi sedikit segalanya di buang sehingga habis.

Menggunakan kotak gabus / polisterin yang dibuang bahagian bawahnya supaya tanahnya terus berhubung dengan tanah asal.

Lebih mudah untuk dikemaskan kerana umbi / akar tidak masuk ke dalam tanah asal.













Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Khamis, 9 Mei 2024

Tuai Nenas MD2 Belakang Rumah

Setelah 13 bulan dipindahkan ke kotak gabus aka kotak polisterin, akhirnya nenas md2 ini dituai hari ini.

Agak besar buahnya dan puashati dengan jangkamasa mendapat hasilnya.

Sulurnya akan ditanam semula setelah direndam dahulu beberapa hari sehingga berakar.

Sisa² pokoknya pula akan di racik² dan dijadikan bahan² kompos dan sungkupan.

Beberapa dapatan tentang tanaman nenas ini :
1. Boleh ditanam dari sulur jambul, sulur angin atau sulur tanah.
2. Sulur² perlu direndam terlebih dahulu sehingga berakar.
3. Media tanam berasaskan tanah hitam sawit lebih baik.
4. Cantasan daun² tua boleh dibuat walaupun bukan satu kewajipan.
5. Sungkupan perlu untuk kurangkan pertumbuhan rumput rumpai.
6. Siraman dan pembajaan mengikut jadual berkala.
7. Untuk menghormonkan pokok nenas skala kecil, boleh gunakan karbaid 100gm utk 2 liter air, gunakan 50ml siramkan ke pucuk nenas selepas 5 petang ( sumber : tiktok pak din nenas ).
8. Varieti MD2 lebih sesuai untuk kebun dirumah kerana daunnya kurang berduri, buah lebih besar & sedap.











Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat dgn izin الله ...

Link video :



Artikel berkaitan :





Isnin, 12 November 2018

Kemas Kebun Bunga Mini

Sudah lama rasanya tak mengemas pasu2 bunga dibawah bumbung ini

Kawasan berbumbung, sesuai untuk pokok bunga

Pokok sirih yang menjalar di grill besi

Empat jenis lidah mertua / sansevieria, sudah banyak yang beranak

 Ruellia atau mexican petunia

 Buluh jepun sudah berdaun cantik

Aloe vera mulai bercambah

 Taman mini

 Kumpulan orkid

Semaian cili, melon, kurma dan ulam raja

Isnin, 30 Julai 2018

Kebun Kecil ( Mini Garden ) - 2

Kebun kecil / comel di halaman rumah. Kombinasi pokok lidah mertua beberapa jenis, pokok lemon, daun kari, serai serta anak pandan