Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Herba-Kantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Herba-Kantan. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Oktober 2024

Kemaskan Rumpun Kantan

Pokok kantan sangat cepat merebak di raised bed bulat tepi pagar ini.

Setiap lebih kurang 6 bulan, rumpun kantan ini perlu di kemaskan.

Untuk pastikan lebih banyak tunas bunga yang dapat tumbuh dan mekar.

Seperti biasa, sisa²nya akan jadi sungkupan setelah dimesin.







Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :





Jumaat, 18 Ogos 2023

Rumpun Kantan Setelah 7 Minggu Dirapikan

Setelah 7 minggu rumpun kantan di raised bed dirapikan atau di trim, banyak bunga² dan kudup bunga yang keluar.

Rumpun kantan ini juga semakin mengembang di mana umbisinya cuba melepasi dinding raised bed yang dibuat.














Selamat berkebun ...

Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :

1. Shorts : https://youtube.com/shorts/KzHjAqrRsLs?feature=share

2. Tiktok : https://vm.tiktok.com/ZSLgQTP22/

Artikel berkaitan :

1.  https://jomtanamsayur.blogspot.com/2023/08/pokok-ubi-kayu-pegaga-betik-tut.html

2.  https://jomtanamsayur.blogspot.com/2023/08/sisa-dapur-pokok-tebu-raised-bed.html

3.  https://jomtanamsayur.blogspot.com/2023/08/200-ekor-benih-tilapia-merah-dah-masuk.html


Selasa, 27 Jun 2023

Kantan - Tunas Bunga vs Tunas Pokok

Apakah perbezaan antara tunas bunga dan tunas anak pokok kantan? Penting untuk diketahui supaya tidak tersalah potong bila rumpun kantan di rapikan / trim.

Beberapa perbezaan boleh di lihat seperti :

1. Bentuk -
    Tunas bunga berbentuk sekata / macam silinder ber zig zag dan tumpul
    Tunas pokok berbentuk tirus dan tajam

2. Warna -
    Tunas bunga biasanya lebih cerah 
    Tunas pokok lebih hijau

Perapian / trimming yang betul akan membolehkan lebih banyak tunas bunga keluar dan menjadi kudup bunga yang lebih besar dan sihat.






Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :





Ahad, 25 Jun 2023

Rapikan Rumpun Kantan di Raised Bed Bulat

Serumpun pokok kantan yg berumur lebih kurang 2 tahun yang subur sudah mulai menjadi semak dan perlu di rapikan / kemaskan.

Pokok kantan yg ditanam di raised bed bulat ini adalah pengganti kepada rumpun kantan yg asal.

Pokok kantan yang tua, yang condong, yang tumbuh rapat², yang menjadi sarang kerengga, tunggul² mati, tunas² anak yang berlebihan serta yang mencacatkan pandangan akan dibuang.






Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :



Isnin, 24 Oktober 2022

Buang Rumpun Kantan

Akhirnya rumpun kantan di kawasan tepi telah di tebang untuk memberi laluan kepada tanaman lain.

Tunggul akan dicungkil dan bunga akan di potong nanti ...

Pokok ganti dah berbunga di raised bed bulat tepi pagar belakang.










Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Artikel berkaitan :




Sabtu, 15 Oktober 2022

Rumpun Kantan Di Raised Bed bulat dah Berbunga

Serumpun pokok kantan di raised bed bulat tepi pagar bahagian belakang dah berbunga, alhamdulillah.

Setelah lebih kurang setahun setengah di tanam disini dan dibina raised bed tropika.

Rumpun ini akan menggantikan rumpun kantan bahagian tengah yang akan dibuang kerana terlalu subur dan terlalu meredupkan kawasan.










Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :




Selasa, 20 April 2021

Tanam Ubi Kayu Pulut & Anak Kantan di Batas Timbun Bulat

Sebanyak 15 potongan batang ubi kayu jenis ubi kayu pulut dan beberapa anak pokok kantan pink telah di tanam hari ini.

10 beg tanah berkapasiti 12kg setiap satu beg juga telah dibeli.

UNTUK PAPARAN BLOG JTS TERBAIK MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR, SILA GUNAKAN MOD " DESKTOP SITE "

Potongan batang ubi kayu pulut

Tunas baru tumbuh dari perdu asal 

Anak kantan dari perdu kantan yang diletakkan dalam longkang

Tanah Mas dari Masjid Tanah, Melaka

Pelaburan untuk dapatkan hasil terbaik

Banyak tanah & bahan kompos diperlukan

Perlu diletakkan sungkupan diatasnya

15 batang ubi kayu pulut disemai disini dulu setelah 4 beg tanah diletakkan dan disiram

Anak pokok kantan ditanam disini setelah 3 beg tanah diletakkan dan disiram

Video ringkas proses menanam batang ubi kayu pulut dan anak pokok kantan



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

#JomTanamSayur
#Kantan
#UbiKayu