Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ikan. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Mei 2024

Pasang Weedmat & Alihkan Tong Ikan

Setelah beberapa lama, akhirnya tong hitam yang digunakan untuk sistem bioflok tempohari akan dialihkan ke tempat lain.

Cadangnya untuk pelihara ikan keli pula kerana :

1. Ikan keli lebih lasak
2. Tak perlu pam oksigen
3. Air cepat kotor - air baja yang cepat
4. Ikan cepat besar
5. Sedap dimakan

Namun kali ini tong hitam akan diletakkan secara terbuka tanpa atap, hanya mengharapkan lindungan dari pokok durian belanda, tebu, jambu & puding belacan.

Tetapi bahagian atas tong tetap perlu dipasang jaring untuk keselamatan ikan² nanti.

Begitu juga kawasan ini akan dipasang dengan tikar rumput atau weedmat untuk menutup tanah dan menahan rumput rumpai dari tumbuh.






















Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat dgn izin الله ...

Link video :



Artikel berkaitan :





Selasa, 6 Jun 2023

Part 4 : Percubaan Bela Ikan Tilapia Kaedah Bioflok - Masuk Air Dalam Tangki

Sambung buat atap kolam ikan menggunakan jaring hitam 3m x 3m yang boleh diikat setiap 1m.

Memudahkan kerja pemasangan atap dan seterusnya memasang panel solar dan aerator ( pam oksigen ).

Tangki air berkapasiti lebih kurang 200 gelen US bersamaan lebih kurang 770 liter isipadu airnya.

Ada lubang lebihan air yang sudah disediakan oleh pengeluar.

Diameter bhgn bawah tangki = 135 cm

Ketinggian air dari dasar tangki ke lubang air lebihan keluar = 54 cm

Tiang perlu di simen tapaknya utk pastikan tegap kerana kawasan yg berangin kuat kadang².

Palang bergantung kepada bahan yg ada

Rabu, 31 Mei 2023

Part 3 : Percubaan Bela Ikan Tilapia Kaedah Bioflok - Tiang Dari Buluh Madu

Part 3 adalah berkaitan penebangan pokok buluh madu untuk dijadikan tiang kepada jaring hitam.

4 lubang dengan jarak +/- 3m x 3m telah dibuat untuk dijadikan asas tiang kepada naungan tangki kolam.

4 batang buluh telah di potong dengan ketinggian 8 kaki yang akan dijadikan tiang naungan kolam ikan ini.








Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Link video :



Artikel berkaitan :