Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label TikarRumput/weedmat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TikarRumput/weedmat. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Mei 2024

Pasang Weedmat & Alihkan Tong Ikan

Setelah beberapa lama, akhirnya tong hitam yang digunakan untuk sistem bioflok tempohari akan dialihkan ke tempat lain.

Cadangnya untuk pelihara ikan keli pula kerana :

1. Ikan keli lebih lasak
2. Tak perlu pam oksigen
3. Air cepat kotor - air baja yang cepat
4. Ikan cepat besar
5. Sedap dimakan

Namun kali ini tong hitam akan diletakkan secara terbuka tanpa atap, hanya mengharapkan lindungan dari pokok durian belanda, tebu, jambu & puding belacan.

Tetapi bahagian atas tong tetap perlu dipasang jaring untuk keselamatan ikan² nanti.

Begitu juga kawasan ini akan dipasang dengan tikar rumput atau weedmat untuk menutup tanah dan menahan rumput rumpai dari tumbuh.






















Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat dgn izin الله ...

Link video :



Artikel berkaitan :





Selasa, 29 November 2022

Pasang Weed Mat

Ruang depan rumah di pasang dengan weed mat atau tikar rumpai.

Akan digunakan untuk meletakkan bahan² untuk kegunaan kebun.

Samada untuk di keringkan dahulu atau sebagai tempat letak sementara.












Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :




Jumaat, 24 Disember 2021

Tikar Rumput | Weed Mat

Tikar rumput atau weed mat di reka supaya air, udara, nutrien dapat melalui liang²nya.

Secara tidak langsung dapat membantu tanah dan tanaman untuk lebih sihat dan subur.

Perlu digunakan bersama paku tikar rumput untuk lebih kemas.

Kegunaan tikar rumput atau weed mat yang lain antaranya ialah :

1. Mengawal / mencegah pertumbuhan rumput rumpai samada di kebun, halaman rumah, nurseri, ladang dan sebagainya.

2. Kurangnya rumput rumpai bermakna kurangnya penggunaan racun rumpai.

3. Alas tanah untuk landskap / nurseri / rumah, ladang dan lain².

4. Mengawal perosak yang berasal dari tanah atau yang menghuni rumput rumpai.

5. Tidak menakung air yang sangat sesuai untuk sistem fertigasi sebagai alas tanah.

Diperbuat dari plastik polyethylene ( PE )
yang tahan lasak, tahan koyak & fleksibel

Yang ini dipotong panjang 6 meter untuk halaman rumah

Lebar 2 meter

Dilipat supaya sesuai dengan lebar di kehendaki

Perlu gunakan paku tikar rumput untuk lebih kemas

Video ringkas tikar rumput atau weed mat untuk mengawal rumput seperti dibawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat insyaAllah ...

Artikel berkaitan :