Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Sayur-Baja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sayur-Baja. Papar semua catatan

Khamis, 16 Mac 2023

Kali Pertama Guna Produk Milagro

Penggunaan produk yang baik inshaAllah akan membantu memberikan hasil kebun terbaik.

Ada kiriman produk dari Milagro untuk di cuba test pada tanaman di kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ).

Semoga produk dari Milagro ini iaitu Baja Milagro Organik Premium, Plant Booster dan Penghalau Serangga Matado dapat memberikan hasil yang memuaskan.





Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... 

Link video :



Artikel berkaitan :





Isnin, 19 November 2018

Baja Cecair Hijau

Pembuatan baja cecair organik hijau menggunakan sisa kebun seperti daun kangkung, daun ubi keledek, daun ubi kayu, daun serai dan sebagainya yang direndam untuk mendapatkan / mengeluarkan nutrien2 daripada bahan2 hijau tersebut.

Boleh dipotong kecil2 untuk mempercepatkan proses

Khamis, 30 Ogos 2018

Lebihan Nasi Sebagai Pupuk Cair

Lebihan nasi selain air basuhan beras dapat digunakan sebagai salah satu baja / pupuk
cecair. Di rendam minima 3 hari, dicairkan
dan di siram pada tanaman




Rabu, 29 Mac 2017

Baja Dari Daun Ceri

Kalau daun hijau dapat dijadikan teh ceri, daun ceri tua yg berwarna kuning pula dapat dijadikan baja tumbuhan, sayuran dan sebagainya.

Struktur daun ceri yang lembut dapat menjadi kompos atau hancur dalam masa singkat.




29.3.17 : daun ceri tua yang berwarna kuning amat senang mereput dan sesuai untuk menyuburkan tanah selain sebagai sungkupan.


2.4.17 : daun ceri dalam NR2 cili besar dan terung


Sabtu, 24 Disember 2016

D.I.Y : NutriPot Ringkas dan Gambar

Oleh kerana merasakan idea ini mempunyai potensi untuk dikembangkan, maka jumlah set NutriPot Ringkas telah ditambah.

nutripot ringkas dan praktikal
Pokok Terung dalam NutriPot Ringkas
NutriPot ringkas dan praktikal
Pokok cabai dalam NutriPot Ringkas
pokok cabai dalam nutripot
Pokok cabai
pokok cabai dalam nutripot
Pokok cabai
pokok kesum dalam nutripot
Pokok kesum
pokok cabai dalam nutripot
Pokok cabai
pokok cabai dalam nutripot
Lagi pokok cabai

Pendek kata, banyak idea yg ada lagi
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2

Selasa, 20 Disember 2016

D.I.Y : NutriPot Ringkas dan Praktikal

Kemaskini 11.2.17

NR bersaiz 1 gelen seperti dibawah tidak sesuai untuk tanaman cili, terung, bendi, tomato, kekacang dan sebagainya kerana faktor kapasiti media tanam dan takungan air yang sedikit.

Penggunaan bekas tanaman bersaiz 2 gelen ke atas lebih praktikal kerana lebih berat serta takung air lebih banyak. Pokok yang sedang membesar memerlukan air yang banyak untuk tidak mengganggu proses berbunga dan berbuah.
--------------------------------------------------------------

Di sebabkan terdapatnya baldi murah di kedai RM2, maka projek NutriPot Ringkas telah ditambah baik seperti berikut :

nutripot ringkas dan praktikal
Polibeg telah digantikan dengan baldi sebagai tempat tanaman, sumbu dipasang dan juga dibuat lubang kecil untuk air turun ke takung

nutripot ringkas
Sumbu dijulurkan kebawah baldi tempat tanaman dan panjang sumbu boleh mencecah dasar baldi takung
nutripot ringkas
Lubang kecil untuk air lebihan keluar dibuat pada baldi yang bertindak sebagai takung air
nutripot ringkas
3 pokok cili dan 1 pokok terung dipindahkan ke NutriPot Ringkas ini dan disiram air baja ( baja biji yang dicairkan )

Pendek kata, macam-macam variasi NutriPot boleh dihasilkan sendiri
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2

Sabtu, 17 Disember 2016

D.I.Y : NutriPot Ringkas dan Mampu Milik

Matlamat asas berkebun di halaman rumah adalah untuk menjimatkan kos dapur. Dalam masa yang sama pertanian bandar atau kebun bandar mestilah menjimatkan masa, memudahkan kerja pengurusan tanaman dan mendapat pulangan yang setimpal. Satu masalah ketara penanaman sayuran secara hobi atau kecil-kecilan adalah penyiraman.

Sebagaimana diketahui, sayuran memerlukan sokongan penyiraman kerana morfologi akar sayuran yang pendek tidak dapat mencari air sendiri jika tidak dibantu. Kekurangan air akan memberikan kesan serta merta kepada kesuburan sayuran. Apatah lagi jika ditanam bukan atas batas atau tanah.

Oleh itu satu sistem yang di namakan NutriPot telah dicipta untuk menyelesaikan masalah penyiraman yang kerap. Idea di sebalik konsep NutriPot ialah penyiraman dan pembajaan serentak. Set NutriPot ini banyak dijual secara online, contohnya facebook JoeJalil Gardening.

Menggunakan konsep asas NutriPot tersebut, satu kaedah NutriPot ringkas boleh di buat bergantung kepada kreativiti.

Gambar dibawah menceritakan segalanya. Menggunakan bahan-bahan asas sepertimana tanaman biasa, cuma sedikit penambahan iaitu baldi dan sumbu. Baldi dan sumbu boleh didapati di kedai plastik atau kedai RM 2, begitu juga sumbu ( boleh gunakan sumbu dari mob lantai ). Baja biji yang biasa digunakan untuk tanaman dicairkan ( campurkan dgn air dan digoncang menjadi larutan baja yang mudah diserap oleh akar ).

NutriPot dapat menyelesaikan masalah kekerapan menyiram
NutriPot Ringkas
NutriPot Ringkas
Air boleh dimasukkan melalui polibeg atau tepi antara baldi dan polibeg
Saiz baldi mestilah boleh memuatkan polibeg yang berisi media tanam lebih kurang 2-2.5 inci ke dalam baldi atau separuh baldi. Ukuran ini untuk polibeg saiz 9x9 inci.

Sumbu perlu dipasang didalam polibeg dan dijulurkan keluar bahagian bawah polibeg.

Bahagian bawah baldi yang kosong akan bertindak sebagai tempat simpanan air untuk di serap oleh sumbu ke bahagian atas tanah.

Baja biji dicairkan mengikut sukatan bawah baldi yang kosong. Baja boleh terus di siram ke dalam polibeg. Biarkan air baja diserap oleh media tanam dan lebihan air baja turun ke bahagian bawah baldi. Tambahkan air biasa jika takung belum penuh.

Bergantung kepada jenis tanaman dan cuaca, kadar siraman yang diperlukan di antara 4 hari ke seminggu atau lebih.

Untuk permulaan bolehlah di periksa paras air setelah 3 hari. Apabila kadar penyerapan air oleh tanaman sudah stabil, maka ulangi penyiraman baja setiap 2 x ulangan ( selang seli dengan air biasa ).

Saiz baldi atau takung bergantung kepada saiz polibeg. Jika polibeg lebih besar digunakan maka carilah saiz baldi yang bersesuaian. Yang penting polibeg yang berisi media tanam mestilah boleh dimasukkan kedalam baldi pada kedalaman separuh baldi ( separuh lagi untuk diisi oleh air atau air baja ).

Pilihan lain ialah menggunakan 2 baldi yang berlainan saiz dimana satu sebagai takung dan satu lagi sebagai bekas tanaman. Pilihan masing-masing. Buat lubang pada baldi bekas tanaman untuk sumbu dan aliran air turun ke takung. Kaedah ini mungkin lebih baik kerana baldi tertutup rapat untuk mengelakkan pembiakan nyamuk, namun akan meningkatkan kos belian baldi atau bekas.

Pendek kata, masalah penyiraman dan pembajaan dapat di selesaikan serentak
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2

D.I.Y : Siraman dan Pembajaan Automatik kaedah Botol Titis

Kaedah penyiraman atau pembajaan automatik menggunakan botol plastik kitar semula amat praktikal untuk menjimatkan masa menyiram.


Caranya amat mudah dimana bahagian bawah botol dipotong tetapi tidak sepenuhnya. Ini akan bertindak sebagai penutup mengelakkan nyamuk membiak. Bahagian penutup boleh dilubangi dengan paku atau pun hanya menggunakan penutup botol sebagai pelaras titisan air.

Botol ini diikatkan kepada satu kayu menggunakan pita pelekat dengan keadaan terbalik iaitu bahagian berpenutup menghala ke bawah.

Botol siraman automatik sudah siap dan boleh digunakan. Pelarasan titisan air menggunakan penutup botol atau paku.

Boleh digunakan dengan hanya mencacakkan ke dalam pasu, polibeg atau tanah dan di tambah air atau air baja.

Pendek kata, sangat mudah dan berkesan
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2

D.I.Y : Menyuburkan Tanah Kaedah Botol Tanam

Samada untuk menyiram tanaman secara efektif tanpa pembaziran atau membaja tanaman dengan efisien atau untuk menyuburkan tanah, kaedah botol kitar semula yang ditanam boleh digunakan.

kaedah botol tanam untuk menyuburkan tanah
Gambaran kaedah botol tanam

Caranya dengan melubangkan di keliling botol dan ditanam. Tinggalkan bahagian penutup untuk kegunaan mengisi air.

Bergantung kepada jenis tanaman dan keadaan tanah, penggunaan lebih dari satu botol boleh di praktikkan. Kaedah ini elok di sediakan pada peringkat awal penanaman supaya tidak menganggu pertumbuhan akar dan pokok.

Dengan kaedah ini air atau air baja dapat terus di agihkan kepada akar pokok. Jika penyiraman biasa hanya tanah bahagian atas yang sentiasa lembap manakala bahagian dalan tanah mungkin kering terutama jika jenis tanah liat.

Disamping itu, rumput dan rumpai di sekitar pokok dapat di kurangkan kalaupun tidak dapat dihapuskan terus.

Isian boleh dilakukan menggunakan penyiram atau salur getah biasa dibantu oleh corong air.

Pembajaan juga dapat dilakukan menggunakan cara yang sama.

Pendek kata, satu kaedah praktikal yang baik
Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2

Ahad, 16 Oktober 2016

Jom Tanam Sayur - Baja Sayur

http://jomtanamsayur.blogspot.my/
Contoh Kit Hidroponik

Apakah jenis baja sayur yg ada :

1. Baja asli / organik cth tahi kambing, tahi ayam, tahi lembu yg telah matang iaitu yg sudah menjadi kompos spt tanah. Elakkan menggunakan baja asli yg masih segar, akan memudaratkan sayuran.

2. Baja kimia cth N:P:K 15:15:15 yg biasa dijual di nurseri atau kedai pertanian, baja fertigasi A & B samaada bentuk serbuk atau cecair








Pendek kata, baja mesti mempunyai semua unsur yg di perlukan pada setiap peringkat tumbesaran sayuran dan terdapat bermacam2 jenis baja di dunia ini

Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri, Makan Ramai2