Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label DIY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DIY. Papar semua catatan

Ahad, 22 November 2020

DIY : Pasu Gantung Pokok Bunga dari Botol Kitar Semula | Hanging Flower Pot from Recycle Bottles

Melihat kepada banyaknya botol bekas air minuman / air mineral yang bersepah telah menimbulkan idea untuk membuat sendiri pasu gantung untuk tanaman ( hanging plants pots ).

Terutamanya untuk pokok bunga jenis kecil dan juga lain2 tanaman herba, ulam dan sebagainya.

Bahan2 yang digunakan juga adalah mudah didapati atau dibeli seperti :

1. Botol bekas minuman

2. Gunting

3. Pisau

4. Dawai atau tali yang kukuh

5. Penebuk lubang 


Alatan asas berkebun

Tanah nurseri & pasir

Campuran tanah nurseri & pasir

Dawai untuk gantung botol

Mudah, murah dan cepat

Buat simpulan 

Siap sudah pasu gantung menggunakan botol air terpakai ...

Video dibawah menunjukkan aktiviti membuat pasu gantung dengan lebih terperinci ...


Selamat berkebun dan sentiasa sihat ...
Bye ...

#JomTanamSayur
#PasuGantung
#DIY

Sabtu, 9 Jun 2018

Komposter Jaring Ringkas ke-2

Satu lagi komposter jaring ringkas telah dibuat untuk mengompos sisa2 dapur dan sisa2 laman. Semakin lama semakin banyak sisa laman yang diperolehi






Selasa, 17 April 2018

Penambahbaikan Sistem Hidroponik Sumbu Botol Air

1. Cawan kitar semula bertutup digunakan - supaya pokok lebih stabil dan mengurangkan kemasukan air hujan yang akan mencairkan kepekatan larutan baja

2. Botol dan cawan dicat warna gelap - mengurangkan / mengelakkan pertumbuhan alga

3. Sedikit garisan menegak pada botol tidak dicat - memudahkan pemantauan isipadu larutan baja

4. Lubang untuk penambahan air baja dibuat - memudahkan pengisian larutan baja dan mengurangkan stress pada pokok



17.4.18 :

24.4.18 :

Ahad, 15 April 2018

DIY : Pot Semaian Dari Suratkhabar

Bagi pekebun yang suka idea2 baru, boleh cuba buat pot semaian tanaman menggunakan suratkhabar yang bersepah kat rumah. Saiz pot ikut kesesuaian tanaman. Boleh gunakan botol, gelas, tin atau apa saja sebagai asas bentuk pot.

Selain mengitar semula suratkhabar, jimat duit dan MUNGKIN mesra alam, cara ini juga tidak perlukan pemindahan / transplant tanaman. Pot semaian boleh terus di tanam bersama anak pokok. Suratkhabar akan hancur dalam tanah dengan cepat.

Keperluan bahan2 :

1. Suratkhabar
2. Pisau
3. Gunting
4. Dulang / bekas
5. Tin / botol atau sebagainya

Cara2 : Seperti ilustrasi di bawah ( menyampahnya blogging dengan i-Phone ni )
















Rabu, 4 April 2018

Komposter Sisa Dapur Ringkas

Komposter atau lebih tepat tong kompos sisa dapur sebelum ini hanya menggunakan tong plastik bertutup sahaja. Keburukannya ialah ianya lembab atau basah dan mengundang lalat bertelur dan mengasilkan larva2 / ulat2 yang menggelikan hati sesetengah orang.

Air lelehan atau leachete yang terhasil semasa proses peyimpanan juga berbau sangat tidak harum.

Walaupun komposter ini hanya untuk sementara, 3-4 hari bergantung jumlah sisa dapur yang di hasilkan sebelum di masukkan ke dalam komposter jaring di luar rumah tetapi gangguan2 di atas sangat tidak menyenangkan ( sebaiknya sisa dapur di komposkan keluar setiap hari ).

Oleh itu sedikit penambahbaikan di lakukan dengan menggunakan baldi yang di buat lubang di bahagian dasar untuk memisahkan cecair yang terhasil. Baldi bertindak menyimpan kompos yang kering manakala tong pula menyimpan cecair.

Hasilnya masalah bau dan larva2 sudah selesai. Air lelehan atau leachete ini boleh di cairkan dan disiram kepada tanaman.






Rabu, 21 Mac 2018

Batang Pisang Sebagai Tempat Tanaman

Percubaan menanam kangkung dalam batang pisang. Batang pisang dikorek bahagian tengahnya, di masukkan tanah dan di semai dengan biji benih kangkung.



21. 3.18 :


25.3.18 :

30.3.18 :


3.4.18 :

Selasa, 20 Mac 2018

Tut Pokok Tomato

Percubaan mengetut pokok tomato menggunakan cawan plastik dan tanah.




Khamis, 15 Mac 2018

Kebun Menegak ( Vertical Garden )


Kebun menegak atau vertical garden dibuat untuk :

1. Menjimatkan ruang penanaman sekaligus meningkatkan hasil per meter persegi.
2. Sebagai alternatif untuk para / pancang dimana tumbuhan akan menjalar ke bawah.
3. Salah satu bentuk kebun batas timbun
4. Mengatasi masalah kesuburan tanah
5. Sesuai untuk tanaman berakar panjang dan kuat makan

Macam2 idea atau rekacipta kebun menegak boleh di buat bergantung kepada kreativiti.

Kebun menegak menggunakan jaring kawat bersumberkan idea komposter jaring ringkas yang digunakan untuk mengompos bahan2 sekitaran rumah.






Ahad, 18 Februari 2018

Tayar Terpakai Sebagai Tempat Tanaman

Penggunaan tayar terpakai dapat menjimatkan kos disamping ketahanan tayar yang dapat digunakan untuk jangkamasa panjang.

Untuk mendapatkan ruang menanam sebanyak / seluas mungkin, bahagian tepi tayar bahagian dalam dipotong sedikit.

Ketinggian tayar dapat disesuaikan dengan jenis tanaman dengan menindan / melapik lebih tayar.