Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Sayur-UbiKeledek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sayur-UbiKeledek. Papar semua catatan

Isnin, 20 Julai 2020

Kemas Batas Timbun Ubi Keledek & Pisang Tanduk

Pokok ubi keledek yang dah lama perlu dikemaskan supaya batas timbun dapat bernafas semula.

Terdapat pokok ubi keledek oren dan putih yang ditanam dibatas timbun ini.

Pucuk2 muda dikutip terlebih dahulu sebagai menu tambahan masakan tengahari nanti.

Tiada ubi keledek yang membesar, mungkin terganggu oleh akar2 pokok pisang tanduk yang subur tumbuhnya.

Sisa pokok ubi keledek diracik / dipotong kecil dan diletakkan kembali sebagai sungkupan / bahan tambahan tanah.

Lama kelamaan sisa2 pokok ubi keledek ini akan mereput dan menyuburkan kembali tanah di sekitarnya.

Enam rumpun ubi keledek oren telah ditanam semula sebagai kesinambungan hayat pokok ubi keledek di kebun Jom Tanam Sayur ( JTS ).

Sebelum operasi pengemasan dilakukan 1

 Sebelum operasi pengemasan dilakukan 2

 Keledek ubi oren

 Keledek ubi putih

 Sisa pokok ubi keledek sebelum diracik

 Setelah kemasan dibuat 1

 Setelah kemasan dibuat 2

Keadaan tanah yang sangat sesuai untuk pokok pisang

 Sisa ubi keledek sebagai sungkupan 1

Sisa ubi keledek sebagai sungkupan 2

Ubi keledek mungkin tidak sesuai ditanam bersama tanaman lain untuk elakkan perebutan mineral / baja yang membantutkan penghasilan umbisinya.

Selamat berkebun ...

#JomTanamSayur
#BatasTimbun
#Keledek

Khamis, 15 Ogos 2019

Tuaian Ubi Keledek

Tuaian ubi keledek yang sudah lebih 3 bulan ditanam. Kurang menjadi ubinya mungkin kerana beberapa sebab.

1. Tanah yang sudah kurang kesuburannya
2. Teknik penanaman bahan tanaman yang kurang sesuai
3. Penggunaan pancang yang kurang sesuai

Selain dari batangnya yang biasa digunakan sebagai bahan tanaman, tunas mata juga boleh digunakan sebagai bahan tanaman.







Isnin, 29 April 2019

Pancang Pokok Ubi Keledek

Tanpa pancang, para atau trellis, pokok ubi keledek akan menjalar yang akan :

1. Membuatkan batas nampak serabut atau semak
2. Menghalang tanaman lain dibatas kerana pokok ubi keledek sangat produktif
3. Menghalang cahaya dan air ke tanah, siraman perlu dilakukan dengan betul ke pangkal pokok
4. Mungkin menjadi tempat haiwan berbisa berlindung



Dengan pancang dan pokok ubi keledek diikat ke pancang :

1. Batas nampak lebih kemas
2. Mudah untuk pengurusan pokok spt siraman, membaja, memangkas, mengutip pucuk, merumput, meletakkan sungkupan dan sebagainya
3. Air hujan dan cahaya dapat terus ke tanah
4. Dapat memaksimakan penggunaan batas timbun untuk tanaman lain
5. Memudahkan pemerhatian perkembangan pokok ubi keledek






Jumaat, 26 April 2019

Tips Tanam Ubi Keledek

Ubi keledek antara sayuran berubi yang mempunyai nilai tinggi kerana banyak kegunaannya. Dibawah adalah tips ringkas cara menanam ubi keledek yang diambil dari website UPM.


Isnin, 25 Mac 2019

Tuaian Ubi Keledek Dan Kemas Batas Timbun

Batas ubi keledek dan terung telunjuk telah di kemaskan dan tuaian ubi keledek telah dibuat


Terung telunjuk sudah akhir hayat manakala ubi keledek sudah lebih kurang 6 bulan ditanam

Papan penghadang batas timbun perlu diganti dengan yang lebih keras

Pokok jenis ubi oren

Pokok jenis ubi putih / kuning


Daun bentuk jejari, belum ada ubinya


Hasil tuaian ubi keledek oren dan putih. Kurang menjadi kerana tanah padat, susah untuk ubi membesar

Sisa ubi keledek untuk kompos dan baja hijau. Untuk kompos akan dipotong kecil2 manakala untuk baja  hijau akan direndam dalam air selama seminggu.

Telah ditanam semula dengan tanah yang telah digembur, Tanah yang gembur dan subur InsyaAllah akan memberikan hasil terbaik. Batas timbun perlu dipenuhkan dengan kompos, tanah dan sungkupan.

#jomTanamSayur
#KebunBandar
#Keledek



Selasa, 30 Oktober 2018

Tuaian Kangkung dan Pucuk Keledek

Bekalan kangkung dan pucuk keledek masih berterusan, sekali tanam, tuai berkali2

Kangkung untuk dikongsi bersama

Pucuk keledek digoreng

Pokok keledek yang merimbun

Kangkung sebelum tuaian lagi

Kangkung selepas tuaian, dalam masa seminggu akan merimbun semula

Jumaat, 12 Oktober 2018

Tuaian Pucuk Keledek

Tuaian pucuk keledek untuk digoreng

Pucuk ubi keledek cepat dan senang tumbuh

Antara kebaikan batas timbun dgn penghadang ialah kawalan pertumbuhan tanaman. Tanaman yang tumbuh melebihi penghadang akan dipangkas menjadikan kebun lebih kemas

Jumaat, 28 September 2018

Tanam Ubi Keledek Kuning

Batas timbun baru no.2 telah ditanam dengan keratan batang ubi keledek kuning di bahagian hujung batas.

Di bahagian tengah antara 2 pokok terung telunjuk adalah ubi keledek putih.

Batas timbun dengan penghadang membolehkan penggunaan maksimum tempat menanam

 Sungkupan dari bahan berasaskan kertas

Boleh ditanam hingga ketepi penghadang / dinding batas