Video Terbaru @JomTanamSayur
Memaparkan catatan dengan label Tip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tip. Papar semua catatan
Jumaat, 21 Jun 2019
Panduan Membuat Blog Terbaik Dan Percuma Dengan Blogger.com
Pengenalan :
1. Panduan ini untuk newbie sahaja
2. Panduan ini untuk blog bukan perniagaan
3. Panduan ini untuk blogger yang serius sahaja
4. Panduan ini menggunakan servis dari google group sahaja ( gmail, blogspot dll )
Kenapa Perlu Kepada Blog :
1. Blog adalah unik dari segi jenama, tidak ada blog yang sama domain boleh didaftarkan melainkan untuk tld / extension yang berbeza
2. Blog adalah unik dari segi kawalan kandungan, layout, iklan dan sebagainya, walaupun begitu ada blog percuma yang mempunyai ruang iklan yang telah ditetapkan oleh pengendali
3. Blog adalah pusat / center kepada maklumat yang anda ingin kongsikan manakala media sosial lain sebagai tarikan supaya pengunjung melayari blog anda
4. Blog lebih mesra enjin carian terutama jika anda mempunyai kandungan yang berkualiti
5. Blog adalah tempat simpanan maklumat dan data yang lebih baik dan kurang gangguan terutama jenis iklan yang boleh dikawal
6. Anda mempunyai kawalan hampir sepenuhnya keatas blog anda dari segi kandungan, komentar, design dan sebagainya
Perbezaan Antara Domain Percuma Dan Berbayar :
1. Hosting :
1.1 Domain percuma terhad kepada pengendali seperti google ( blogger.com ), wordpress.com dan lain2 pengendali domain / hosting percuma
1.2 Domain berbayar bergantung kepada populariti nama domain, jenis sambungan ( tld ), domain umum atau domain khas dll
2. Bayaran :
2.1 Domain percuma tidak perlu bayaran
2.2 Domain berbayar bermula dari beberapa puluh ringgit hingga ribu riban
3. Tarikh luput :
3.1 Domain percuma tiada tarikh luput / expired date
3.2. Domain berbayar biasanya perlu di perbaharui setiap tahun atau beberapa tahun terpulang anda
Perbezaan Antara Blog Percuma Dan Berbayar :
1. Nama domain :
1.1 Blog percuma mempunyai sambungan / extension pengendali blog tersebut cth. namadomain.blogspot.com dimana blogspot ( blogger ) adalah pengendali blog tersebut
1.2 Blog berbayar, nama domain sendiri dengan sambungan .com / .net / .org / .edu dll
2. Kos hosting :
2.1 Blog percuma sepatutnya tiada kos hosting
2.2 Blog berbayar, ada bayaran setiap tahun bermula dari puluhan ringgit hingga tak terbayar
3. Kos theme / design :
3.1 Blog percuma menggunakan layout / template yang disediakan pengendali blog
3.2 Blog berbayar, kalau nak theme yang baik, bayaran pun kena baik
4. Kemaskini keperluan undang2 :
4.1 Template percuma yang disediakan pengendali blog biasanya akan diupdate seiring keperluan semasa
4.2 Blog berbayar, perlu update sendiri atau upah orang untuk update ( duit lagi )
5. Kuota bandwith / data yang digunakan :
5.1 Setakat ini blogger tidak mempunyai sekatan keatas jumlah bandwith yang digunakan
5.2 Blog berbayar, makin banyak pelawat, makin banyak artikel maka makin banyak bayaran perlu dibayar, biasanya akan meningkat setiap tahun
Nota : kegagalan membayar terutama kos hosting adalah punca utama banyak blogger dan blog tidak bertahan lama dan hilang begitu sahaja dari alam maya
Kenapa Menggunakan Servis Dari Google :
1. Google masih merupakan enjin carian utama di internet
2. Sentiasa ada penambahbaikan dari masa ke semasa
3. Kebanyakan servis adalah percuma kerana faktor persaingan
4. Boleh gunakan satu akaun untuk semua servis yang ada
5. Boleh buat akaun berbeza untuk blog / servis berbeza juga
6. Setakat ini integriti dan kebolehharapan serta kebolehpercayaan pada google masih pada tahap tertinggi terutama aspek keselamatan digital
7. Boleh menjana pendapatan pasif dari servis yang digunakan ( blog, youtube dll )
Langkah-langkah :
1. Fikirkan tajuk blog yang sesuai dengan keadaan anda, misalnya jika anda seorang penjual ikan, fikirkan tajuk yang berkaitan tentang jualan ikan
2. Buat carian untuk pastikan nama domain blog anda ( ext : blogspot.com ) tersebut masih belum didaftarkan
3. Buat semakan untuk gmail akaun yang mempunyai nama email yang sama dengan nama blog anda
4. Jika anda dapati nama domain dan akaun gmail tersebut sama dan masih belum didaftarkan, maka daftarkan alamat gmail tersebut
5. Setelah selesai pendaftaran akaun gmail anda, gunakan akaun gmail tersebut untuk mendaftar blog percuma di blogger.com
6. Kekalkan satu akaun gmail hanya untuk satu domain blog percuma sahaja. Jika anda ingin membuat blog yang lain, daftarkan akaun gmail yang baru
7. Lebih baik jika nama domain anda juga masih belum digunakan di media sosial lain spt. Twitter, Instagram, Facebook, Pinterest, Tumblr dll. Ini supaya identiti anda akan seragam didunia internet.
8. Gunakan template yang simple tanpa banyak add on widget kecuali yang benar2 perlu sahaja supaya perhatian / konsenstrasi pelawat blog tidak terganggu
9. Yang paling penting ialah isi kandungan atau artikel yang kita tulis, mestilah real atau asli dan berdasarkan pengalaman / ilmu kita sendiri.
10. Copy dan paste adalah pantang paling besar untuk seorang blogger, copy dan paste tanpa kebenaran, 100% cetak rompak hanya merosakkan reputasi seseorang blogger
11. Adalah perkara biasa untuk tersangkut bila mula2 menulis artikel, tetapi dari situ kita belajar membina skill penulisan
12. Artikel yang baik adalah yang asli, ringkas dan padat dan mempunyai gambar, video atau lain2 media sebagai sokongan kepada maklumat yang kita ingin kongsikan
13. Beri perhatian khusus kepada blog kita, sentiasa membalas komen juga amat membantu memajukan lagi blog kita
14. Akhir tapi tak kurang penting adalah konsisten / istiqamah dalam menulis dan menambah ilmu untuk menulis
Sekian sedikit perkongsian berdasarkan pengalaman sendiri.
Selasa, 7 Mei 2019
Akhirnya Pokok Pisang Nangka Keluarkan Sulur Pedang
Rumpun pisang nangka yang sudah lama mengeluarkan sulur air akhirnya mengeluarkan sulur pedang. Caranya ialah dengan :
1. Buang semua sulur air yang ada. Sulur air yang keluar kemudian pun dibuang dengan cara memangkas di bahagian batang separas tanah.
2. Suburkan tanah disekitar rumpun / perdu pokok pisang nangka menggunakan sungkupan daun2, potongan rumput serta sisa2 kebun yang dipotong kecil2 dan ditaburkan merata / berselerak disekitar pangkal pokok pisang nangka.
3. Siraman air basuhan beras, air basuhan ikan, air rebusan ulam2, air sisa dapur, air baja nasi, air baja roti serta air baja hijau turut di lakukan.
Akhirnya setelah lebih kurang 1-2 bulan, sulur pedang pun kelihatan, Alhamdulillah.
Sulur pedang ini nanti akan dipindahkan ke tempat baru dan lebih sesuai.

Khamis, 17 Januari 2019
Menimbun Pokok Serai
Menimbun atau memupuk pokok adalah satu kaedah tradisional untuk menyuburkan tanah dan tanaman dengan cara :
1. Meronggakan tanah
2. Menegapkan tanaman
3. Melambatkan pengeringan tanah
4. Menutup baja
5. Membuang rumput rumpai
1. Meronggakan tanah
2. Menegapkan tanaman
3. Melambatkan pengeringan tanah
4. Menutup baja
5. Membuang rumput rumpai
Jumaat, 2 November 2018
Kaedah Potong Dan Tinggal ( Chop And Drop )
Salah satu kaedah perkebunan lestari tanpa pembaziran ialah kaedah potong dan tinggal.
Kebiasaanya kaedah ini diamalkan di kebun2 kampung seperti kebun pisang dimana pokok2 pisang yang ditebang, batang dan daunnya di potong dan ditinggalkan samada di rumpun pisang atau diantara rumpun pisang.
Tujuannya supaya apabila bahagian pokok pisang tersebut mereput / mengompos, segala nutrien yang ada pada bahagian pokok pisang tersebut akan kembali ke tanah.
Secara asasnya kaedah potong dan tinggal aka chop and drop ini boleh diamalkan dimana saja contohnya rumput dan rumpai yang tumbuh didalam pasu hanya perlu dipotong / digunting dan dibiarkan sahaja di pasu tersebut.
Akar rumput rumpai yang tersisa akan mereput didalam tanah atau jika tumbuh kembali boleh dipotong lagi berulang kali.
Begitu juga dengan bahagian tumbuh2an yang tidak digunakan, boleh di potong / diracik dan digunakan kembali.
Malahan bahagian batang kayu yang besar juga boleh menggunakan kaedah hugelkultur ( hill culture ) iaitu tanpa perlu kepada pembakaran.
Kaedah potong dan tinggal aka chop and drop seperti ini memerlukan pemahaman yang mendalam terhadap fungsi tumbuh-tumbuhan termasuk rumput rumpai sebagai pembekal nutrien semulajadi / organik.

Rabu, 5 September 2018
Serbuk Kulit Telur Untuk Berkebun
Kulit telur mempunyai banyak kalsium. Berkebun tanpa pembaziran atau zero waste gardening menggunakan segala sumber yang ada untuk manfaat kebun dan tanaman termasuk kulit telur
Kulit telur dikumpulkan sebiji demi sebiji
Sudah banyak bolehlah di keringkan / di jemur
Jemur hingga betul2 kering dan rapuh
Kalau nak lagi halus boleh blender atau gunakan lesung batu
Ada halus dan kasar ( cepat dan lambat terurai ) dan bolehlah ditabur ke batas atau dimana perlu

Rabu, 1 Ogos 2018
Kualiti vs Kuantiti Dalam Aktiviti Berkebun
Tak guna tanam banyak tapi tak dak hasil / hasil tak seberapa / tak seindah mana. Kebanyakan kita memang suka menanam / berkebun tak kira sayuran, bunga, herba atau buah2an.
Tetapi majoriti dari kita akan membiarkan kebun / pasu / beg poli tanaman dipenuhi rumput rumpai. Antara alasan yang paling popular ialah sibuk, tak dak masa.
Sebenarnya berkebun tidak perlukan masa yang banyak pun. Cuma luangkan satu jam setiap hari sudah memadai, tetapi perlulah istiqamah / konsisten.
Dalam masa satu jam itu buatlah apa yang mampu kita buat, jangan paksa diri, jangan berangan2 mat jenin atau hangat2 tahi ayam.
Buatlah perancangan untuk masa satu jam tersebut dan ikutlah perancangan yang telah dibuat.
Percayalah, bila kita berada di kebun samada kebun kampung, kebun bandar atau kebun mini atau apa kebun sekalipun, kita akan nampak banyak kerja yang perlu dibuat. Itulah pentingnya merancang dan mengikut perancangan.
Selamat berkebun

Ahad, 11 Mac 2018
Blog Sebagai Jurnal Berkebun
Tujuan utama jurnal / catatan berkebun adalah sebagai rujukan dan juga penambahbaikan untuk sesi penanaman seterusnya.
Antara yang patut ada ialah lokasi penanaman, cara penanaman, tarikh ( semaian, pembajaan, penuaian ), senarai benih yang ada, pemerhatian dari segi penyakit, perosak, keperluan air, baja dan sebagainya termasuk perancangan aktiviti seharian, mingguan atau bulanan dan seterusnya.
Jurnal Berkebun atau Catatan Berkebun boleh dibuat samada melalui tulisan di dalam buku2 atau tulisan dalam blog.
Teknologi internet dan telefon pintar masa kini lebih memudahkan jurnal berkebun dibuat melalui platfom blog.
Kemudahan blog percuma seperti blogspot.com tanpa perlu " renew domain name ", tanpa had data / bandwith lagi2 memudahkan pekebun menulis jurnal perkebunan menggunakan blog. Dalam berkebun, penggunaan gambar2 dan imej lebih memberi kesan kepada pembaca selain dari penulisan yang padat tetapi ringkas.
Blog juga memudahkan penyimpanan data, gambar dan sebagainya dibawah status " draft ", atau boleh disimpan terus ke awan / " cloud ".
Penggunaan buku sebagai jurnal boleh tersalah letak, hilang, basah dan sebagainya. Penulisan yang berkualiti sepatutnya boleh dikongsi dengan ramai pembaca mengikut "niche" tertentu.
Dengan menulis di blog juga kita dapat mengetahui apakah informasi yang dicari oleh pembaca berdasarkan jumlah lawatan, komen, " keyword search" dan sebagainya.
Dari sini seorang pekebun dapat menghasilkan buku fizikal sendiri sebagai salah satu sumbangan kepada generasi seterusnya.
Selamat berkebun dan berblog.

Isnin, 5 Mac 2018
Selasa, 7 Februari 2017
100 Tip Tanaman - Jabatan Pertanian Malaysia
100 Tip Tanaman oleh Jabatan Pertanian Malaysia merangkumi asas-asas Natural Farming, penyediaan tanah, racun serangga, amalan pertanian baik dan lain- lain.
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk link berikut :
http://www.doa.gov.my/index/resources/pengumuman/tips_tanaman.pdf
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk link berikut :
http://www.doa.gov.my/index/resources/pengumuman/tips_tanaman.pdf
Langgan:
Catatan (Atom)