Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Sayur-KacangKelisa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sayur-KacangKelisa. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Mei 2026

Kemas Raised Bed Tropika Kekacang

Raised bed kekacang ini ( kacang kelisa, kacang panjang dan kacang buncis ) telah menghampiri 2 tahun usianya.

Manakala raised bed ini sendiri sudah menghampiri 8 tahun usianya dan masih bertahan.

Pokoknya bergantian apabila ada pokok yang mati dan begitulah berterusan sehingga hari ini.

Banyak rumput yang tumbuh di raised bed tropika ini termasuklah pokok pegaga liar yang tumbuh begitu subur.

Hari ini raised bed ini dikemaskan, kesemua pokok kekacang dan rumput rumpai dibuang.

Raised bed ini akan di tanam semula, tetapi jenis tanamannya belum pasti lagi.






















Link video :



Selamat berkebun,
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah 



Rabu, 14 Ogos 2024

Setelah Sebulan Pokok Kacang Panjang, Buncis & Kelisa

Baru sekejap rasanya anak² pokok kacang panjang, buncis & kelisa ini dipindahkan.

Raised bed ini adalah raised bed pertama yang telah dibuat dengan lebih baik menggunakan papan² katil.

Setelah 6 tahun, raised bed ini telah pun  ditanam dengan berbagai jenis tanaman.

Begitu juga dengan media tanamnya / tanahnya yang telah bercampur dengan pelbagai bahan² sisa organik.

Manakala dindingnya pula telah ditukar kepada papan pallet pada tahun 2020 / 2021.

Kesuburan tanahnya mungkin telah merosot dan perlukan penambahan baja² sokongan ( organik & sintetik ).













Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :





Selasa, 9 Julai 2024

Pindah Tanam Pokok Kacang Panjang, Buncis & Kelisa

Square Foot Garden atau Kebun Kaki Persegi adalah contoh bagaimana raised beds dapat memaksimakan penggunaan tanah.

Dinding menjadikan tanah raised beds lebih sekata dan berbentuk lebih kekal.

Ini membolehkan ukuran² tertentu untuk jenis² tanaman tertentu dapat ditentukan dengan lebih tepat.

Tanaman kecil dan jangkamasa pendek dapat dikecilkan ukuran saiz kegunaan tanahnya.

Begitu juga dengan tanaman lebih besar boleh dijarakkan dengan lebih teratur menggunakan konsep square foot garden atau kebun kaki persegi ini.

Begitu juga dengan tanaman kekacang ini, dapat di tumpangsarikan dengan tanaman lain juga setelah di buat square foot area atau kawasan kaki persegi.















Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :






Jumaat, 15 Februari 2019

Kemas Batas Menegak Kacang Kelisa

Batas menegak pokok kacang kelisa sudah dikemaskan dengan kebanyakan tanahnya di tambah kepada batas timbun no.1

Dah puas makan kacang kelisa, nanti boleh tanam lagi

Tanah dari komposter jaring yang sebelum ini telah ditanam dengan tembikai

Komposter jaring akan dialih ke tempat lain, kawasan ini perancangan untuk batas timbun

Batas timbun no.1, persediaan untuk kailan dan sawi

Isnin, 28 Januari 2019

Biji Benih Kacang Kelisa

Biji benih kacang kelisa / kacang botol / kacang botor atau kacang belimbing didapati didalam buah kacang kelisa yang sudah cukup matang / tua.

Bergantung kepada saiz buah kacang kelisa, jumlah biji benihnya berbeza2.

Buah kacang kelisa perlu benar2 kering

Buah yang masih kelihatan kehijauan di tepi2 dianggap belum kering sepenuhnya

Buah yang belum kering sepenuhnya, biji benihnya juga akan kehijauan lagi


Benih yang cukup kering berwarna
kecoklatan

Benih kacang kelisa vs kacang soya

Biji kacang kelisa lebih besar berbanding biji kacang soya