Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Komposter. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Komposter. Papar semua catatan

Rabu, 9 Ogos 2023

Sisa Dapur, Pokok Tebu & Raised Bed

Pokok tebu dah masuk 3 bulan dah agak tinggi pokoknya dan ruas²nya juga dah makin panjang.

Sisa dapur pula ditanam di raised bed tebu supaya dapat menjadi sumber baja organik dan juga makanan kepada organisma tanah.

Pokok tebu juga perlu diikat supaya tidak tumbang di badai angin kuat yang kadang² berlaku.












Selamat berkebun ...

Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah ...

Link video :

1.  Shorts : https://youtube.com/shorts/sVVyUCt20eo?feature=share

2.  Tiktok : https://vm.tiktok.com/ZSL4oyLNE/

Artikel berkaitan :

1.  https://jomtanamsayur.blogspot.com/2023/08/200-ekor-benih-tilapia-merah-dah-masuk.html

2. https://jomtanamsayur.blogspot.com/2023/07/tukar-dinding-tong-kompos-kepada.html

3.  https://jomtanamsayur.blogspot.com/2023/07/kosongkan-tong-kompos.html


Jumaat, 28 Julai 2023

Tukar Dinding Tong Kompos Kepada Dinding Raised Bed

Tong kompos yang berusia hampir 2 tahun akan dileraikan dan dipotong menjadi dinding raised bed bulat.

Ada antara papannya yang sudah mulai mereput terutama yang bersentuhan dengan tanah dan kelembapan berterusan.

Gunakan apa yang boleh dan jika sudah mereput akan menjadi kompos pula.


















Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Link video :



Artikel berkaitan :









Jumaat, 21 Julai 2023

Kosongkan Tong Kompos

Tong kompos dari papan pallet akan dikosongkan dan kemudiannya akan di buraikan / leraikan inshaAllah.

Tong kompos ini sudah hampir 2 tahun usianya dan kayu pallet bahagian bawahnya sudah mulai mereput.

Papan pallet akan dipotong dan dijadikan dinding raised bed. Manakala isinya akan di letakkan di beberapa raised bed sedia.

Tempat tong kompos ini akan dibuat raised bed bulat dan akan ditanam dengan tanaman yang akan di tentukan kemudian.












Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Link video :



Artikel berkaitan :





Khamis, 20 Oktober 2022

Alihkan Tong Komposter ke Tepi Pagar

Tong komposter yang berada di tengah laman akan dipindahkan ke tepi pagar untuk melapangkan kawasan.

Buka pintu depan, keluarkan kompos separuh jadi, buka dinding dan alihkan.

Selepas dialihkan, kompos separuh siap di masukkan semula.










Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... ان شاء الله

Artikel berkaitan :





Jumaat, 10 Jun 2022

Kompos & Tong Kompos ( Komposter ) | Compost & Compost Bin ( Composter )

Tong kompos atau komposter ini dibuat pada 30/11/2021 menggunakan papan pallet.

Setelah 6 bulan, hasil kompos ini akan digunakan / dituai untuk kegunaan batas timbun yang baru dibuat dan juga di batas timbun sedia ada.

Antara pemerhatian yang dibuat semasa proses menuai kompos ini adalah :

1. Kompos yang terjadi tidak sekata. Ini kerana bahan² kompos ini tidak dikacau / diaduk atau digaul semasa penambahan bahan kompos baru dibuat dan semasa proses pengomposan berjalan.

2. Ataupun, keperluan penyedian tong kompos kedua yang akan melengkapkan kitaran terjadinya kompos.

3. Susunan kompos tidak padat. Ada batang² kayu, batang tebu, bahagian buah kelapa yang lambat mereput dan menyebabkan adanya ruang² atau rongga² yang menjadi tempat tinggal serangga termasuk lipan yang berbisa.

4. Kompos yang cantik. Kompos hasil dari pelbagai sisa organik memang cantik kalau diayak / diasingkan dan boleh digunakan untuk menyuburkan tanah.

Kayu² dan seumpamanya perlu dipotong lebih kecil untuk mempercepatkan proses pereputan dan perlu selalu di gaul / di bolak balikkan.

Setelah 6 bulan dibina. Potongan rumput, sisa² pelam, betik, kantan, pisang dan sebagainya sisa kebun termasuk kotak dan kertas

Pereputan terkawal tidak menyemakkan mata

Lapisan² kompos yang tidak mereput sekata

Terdapat rongga² yang menjadi habitat organisma liar

Perlu ada dua tong kompos untuk kitaran pengomposan yang sempurna

Bahagian bawah lebih cantik pereputannya

Daripada dibakar lebih baik dikompos

Habis dikeluarkan

Diletakkan di batas timbun bulat yang baru dan batas timbun empat segi sedia ada

Video ringkas proses menuai kompos di tong kompos seperti dibawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat dengan izin الله ...

Artikel berkaitan :