Setelah pokok pertama mengeluarkan jantung lebih kurang seminggu lalu, kini giliran pokok pisang nangka kedua pula berjantung. Penggunaan batas timbun yang mempunyai banyak bahan organik dan kelembapan tanah berterusan dapat membantu pokok pisang membesar dengan baik.
Jantung yang besar, insyaAllah dapat memberikan hasil atau buah yang besar dan banyak. Panjang kelopak jantungnya melebihi 1 kaki dan dari pemerhatian pokok yang pertama mengeluarkan 6 sikat / sisir dengan jumlah buah per sisir berbeza dari 10 ke 12 jejari.
Jantung ulam atau jantung kecil iaitu jantung / bunga yang tidak lagi menjadi buah akan dibuang setelah pmbentukan buah selesai untuk pokok fokus kepada pembesaran buah yang ada ( jangkamasa seminggu hingga 10 hari lepas jantung pisang rebah ).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan