Video Terbaru @JomTanamSayur

Sabtu, 28 Ogos 2021

Pokok Daun Kari Renek sebagai Pokok Hiasan | Dwarf Ornamental Curry Tree

Biasanya pokok kari ditanam, dibaja & dipangkas supaya rimbun untuk mendapatkan daunnya.

Akan tetapi bolehkah pokok daun kari dijadikan pokok hiasan dihalaman rumah atau dijadikan pokok bonsai?

Pokok daun kari jika ditanam ditanah yang subur boleh membesar dengan baik, tinggi dan merimbun.

Untuk menjadikan pokok daun kari sebagai pokok hiasan, perlu di tanam didalam pasu, di pangkas dan tidak perlu pembajaan seperti tanaman untuk pokok kari biasa.

Penjagaan dari serangan perosak daun pokok kari sangat penting supaya daun pokok kari sentiasa sihat.

Daunnya juga tidak perlu di petik untuk kekalkan bentuk pokok untuk jangkamasa panjang.

Pucuk berlebihan perlu dibuang manakala batang yang sudah terlebih tinggi perlu dipotong.

Bentuk pokok akan sentiasa berubah selepas setiap kali pangkasan dibuat. 

Di tanam dalam sistem siraman sendiri ( nutripot ringkas )

Tinggi lebih kurang 3-4 kaki termasuk bekas tanaman & sudah bertahun usianya

Sudah berbuah, perlu pemerhatian rapi dari perosak seperti ulat daun, kumbang putih, larva kupu2, ulat hitam dan sebagainya

Pandangan atas, daun2 perlu kelihatan seimbang

Video ringkas pokok kari renek sebagai pokok hiasan di halaman rumah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

Artikel berkaitan :




Tiada ulasan:

Catat Ulasan