Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Kompos. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kompos. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Jun 2022

Kompos & Tong Kompos ( Komposter ) | Compost & Compost Bin ( Composter )

Tong kompos atau komposter ini dibuat pada 30/11/2021 menggunakan papan pallet.

Setelah 6 bulan, hasil kompos ini akan digunakan / dituai untuk kegunaan batas timbun yang baru dibuat dan juga di batas timbun sedia ada.

Antara pemerhatian yang dibuat semasa proses menuai kompos ini adalah :

1. Kompos yang terjadi tidak sekata. Ini kerana bahan² kompos ini tidak dikacau / diaduk atau digaul semasa penambahan bahan kompos baru dibuat dan semasa proses pengomposan berjalan.

2. Ataupun, keperluan penyedian tong kompos kedua yang akan melengkapkan kitaran terjadinya kompos.

3. Susunan kompos tidak padat. Ada batang² kayu, batang tebu, bahagian buah kelapa yang lambat mereput dan menyebabkan adanya ruang² atau rongga² yang menjadi tempat tinggal serangga termasuk lipan yang berbisa.

4. Kompos yang cantik. Kompos hasil dari pelbagai sisa organik memang cantik kalau diayak / diasingkan dan boleh digunakan untuk menyuburkan tanah.

Kayu² dan seumpamanya perlu dipotong lebih kecil untuk mempercepatkan proses pereputan dan perlu selalu di gaul / di bolak balikkan.

Setelah 6 bulan dibina. Potongan rumput, sisa² pelam, betik, kantan, pisang dan sebagainya sisa kebun termasuk kotak dan kertas

Pereputan terkawal tidak menyemakkan mata

Lapisan² kompos yang tidak mereput sekata

Terdapat rongga² yang menjadi habitat organisma liar

Perlu ada dua tong kompos untuk kitaran pengomposan yang sempurna

Bahagian bawah lebih cantik pereputannya

Daripada dibakar lebih baik dikompos

Habis dikeluarkan

Diletakkan di batas timbun bulat yang baru dan batas timbun empat segi sedia ada

Video ringkas proses menuai kompos di tong kompos seperti dibawah :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat dengan izin الله ...

Artikel berkaitan :




Selasa, 30 November 2021

Buat Tong Kompos Mudah dari Papan Pallet | Making Simple Compost Bin From Pallet Planks

Komposter jaring tidak lagi dapat menampung pertambahan sisa² kebun yang semakin bertambah. 

Komposter jaring juga sudah mulai mereput dan rapuh.

Pertambahan kawasan penanaman dan pertambahan jenis tanaman meningkatkan hasil pengumpulan sisa² organik kebun.

Oleh itu, 3 tong kompos akan dibuat untuk mengendalikan proses pengomposan supaya lebih teratur.

Tong kompos atau compost bin ini akan dibuat dari papan pallet.

Untuk satu tong kompos a.k.a compost bin perlukan lebih kurang setengah hari untuk disiapkan.

Tong kompos no. 1 - untuk sisa² organik yang baru ( kompos permulaan )

Tong kompos no. 2 - untuk kompos separuh siap / separuh matang.

Tong kompos no. 3 - untuk kompos siap / matang.

Masa proses pengomposan berlaku di dalam tong kompos bergantung kepada kapasiti tong kompos, jenis bahan² kompos, samada terdapat penggunaan bahan2 penggalak, aktiviti menggaul bahan² kompos dan cuaca.

Komposter jaring yang sudah mulai mereput

Sisa² organik kebun makin bertambah

Rekaan / design yang ringkas dan mudah, untuk dinding belakang

Dinding bahagian tepi sebelah kiri

4 set papan pallet diperlukan

Proses memaku papan pallet

Dah siap 3 dinding ( 1 belakang & 2 tepi ) manakala bahagian depan adalah kepingan papan gelongsor / sliding

Perlu penambahan kaki hadapan untuk mengelakkan dari dinding tepi bergerak

Pemasangan dinding belakang dan dipaku

Hampir siap rekaan tong kompos / compost bin dari papan pallet

Bahagian depan adalah papan gelongsor / slider untuk memudahkan pengurusan kompos

Bahagian depan selesai ditutup, boleh dibuka jika perlu

Perlukan 3 tong kompos macam ni 

Pandangan atas, isipadu hampir 1m³

Potongan rumput adalah antara sisa² kebun yang boleh dikomposkan

Hujan dan panas akan mempercepatkan proses pengomposan atau pereputan sisa² organik kebun menjadi kompos

Video proses membina tong kompos atau compost bin untuk halaman rumah kebun bandar JTS seperti di bawah :



Selamat berkebun ...

Selasa, 27 April 2021

Meracik Pelepah Kelapa Gading Untuk Bahan Sungkupan & Kompos

Pelepah kelapa yang terhasil dari pengemasan 2 pokok kelapa gading diluar pagar kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ) telah diracik.

Terlebih dahulu pelepah2 kelapa tersebut perlu di potong menjadi lebih kecil untuk memudahkan kerja2 meracik.

Dengan mesin mini chopper berkuasa 0.5hp tidak mampu untuk memotong keseluruhan pelepah kelapa tersebut.

Pelepah kelapa yang telah dipotong terlebih dahulu

Hasil racikan menggunakan mini chopper 0.5hp. Bahagian daun banyak yang tidak terpotong

Proses mengalihkan racikan pelepah kelapa gading ke batas timbun

Bahagian pangkal pelepah yang liat tidak mampu dipotong oleh mini chopper 0.5hp

Habis sudah ...

Diletakkan disini sebagai sungkupan dan bahan kompos

Perlu ditambah tanah nanti

Video proses meracik pelepah kelapa dan meletakkannya ke batas timbun dibawah :

Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

#JomTanamSayur
#MiniChopper
#KelapaGading
#SungkupanKompos

Ahad, 21 Mac 2021

Meracik Sisa Kebun | Cutting Garden Waste

Semakin banyak tanaman ditanam di kebun bandar, semakin banyak sisa kebun terhasil.

Semakin banyak sisa kebun terhasil, semakin banyak kos dapat dijimatkan.

Tetapi, semakin banyak sisa kebun, semakin banyak pula kerja meracik perlu dilakukan.

Sehingga tidak habis dalam satu hari kerja2 meracik sisa kebun ini. Makan hari atau minggu bergantung kepada masa yang ada.

Mungkin sudah masanya mesin pemotong atau mesin peracik sisa kebun di cari.

Banyak ... belum habis kumpul lagi 

Macam2 ada ...

Tebu, kantan, pisang, kelapa dll

Boleh dikomposkan disini

Atau sini

Dijadikan sungkupan juga kompos di sini 

Di sini juga 

Kesuburan tanaman yang ditambah sisa kebun makin baik.

Video di bawah adalah bahan2 sisa kebun yang diracik secara manual dan sedikit demi sedikit.


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ...

#JomTanamSayur
#SisaKebun
#GardenWaste

Ahad, 6 Disember 2020

Batas Timbun Sebagai Komposter | Garden Raised Bed as a Composter

Batas Timbun ( raised bed ) yang baru dibuat semula di bahagian belakang akan dijadikan sebagai alat mengompos / komposter ( composter ) untuk sisa2 organik sekitaran rumah.

Batas timbun ( raised bed ) ini akan dibuat mempunyai ketinggian 1 kaki supaya dapat menjadi komposter yang berkesan / efisien.

Sisa dapur, sisa kebun, sisa pasar dan sebagainya dapat dikompos di batas timbun ( raised bed ).

Sisa2 organik perlu diracik lebih kecil untuk mempercepatkan proses pengomposan.

Kompos adalah hasil akhir ( baja organik ) dari proses pengomposan / pereputan / penguraian bahan2 organik.

Antara kebaikan batas timbun ( raised bed ) sebagai komposter ialah :

1. Cepat - tanah dan organisma tanah adalah kombinasi pengompos yang sangat baik.

2. Mudah - hanya perlu korek lubang, letakkan bahan kompos dan kambus kembali.

3. Murah - hanya buat batas timbun berdinding dengan ketinggian 1 kaki dengan lebar & panjang sekurang-kurangnya 1 meter dan di isi dengan tanah, siap.

4. Tanpa alat tambahan - tak perlu aerator dan lain2.

5. Tanam dan tinggal - tidak perlu di bolak balikkan, hanya biarkan sahaja.

6. Sesuai di Malaysia - hujan dan panas yang berterusan membantu proses pengomposan dalam tanah lebih cepat.

7. Kompos tanam juga mampu menyuburkan tanah sekaligus. Tiada larut resap berlaku. Semua sisa cecair akan diserap oleh tanah.

8. Kompos tanam adalah kompos aerobik, tiada bau yang kurang menyenangkan, asalkan ditanam dengan kedalaman minima 20 cm.

9. Jimat ruang - tidak perlu ruang untuk diletakkan tong2, bekas2 dan sebagainya.

10. Batas timbun (raised bed ) yang sudah subur boleh di jadikan batas timbun ( raised bed ) untuk tanaman. Manakala batas timbun ( raised bed ) yang lain boleh dijadikan komposter yang baru.

11. Andai kata kita mempunyai beberapa batas timbun ( raised bed ) maka proses membuat kompos dari sisa2 organik sekitaran rumah akan menjadi lebih menarik.

12. Hasil kompos boleh terus diambil dan digunakan.

Batas timbun ( raised bed ) yang akan dijadikan komposter sisa dapur, sisa kebun, sisa pasar, sisa haiwan dll.

Bahan2 asas untuk proses menanam sisa dapur.

Korek lubang untuk menanam sisa dapur. Tanah batas timbun ( raised bed ) yang cantik.

Sisa dapur di taburkan berselerak dalam lubang yang di korek memanjang

Bekas telur diletakkan paling akhir

Selesai proses menanam sisa dapur untuk dijadikan kompos. Tanah batas timbun ( raised bed ) di ratakan kembali.

Video di bawah adalah video aktiviti mengompos sisa dapur di batas timbun ( raised bed ).

Selamat berkebun & selamat mengompos...

Stay safe & bye ...

#JomTanamSayur

#BatasTimbun

#Komposter

Isnin, 16 Mac 2020

Kompos Sisa Dapur Hasil Komposter Tanam

Setelah hampir 2 bulan sisa dapur ditanam didalam Komposter Tanam, sebahagiannya sudah terurai manakala sebahagian lagi sisa dapur seperti tongkol jagung, lidi sate dan daun2 belum terurai sepenuhnya.

Kompos sisa dapur didalam Komposter Tanam lebih lambat terurai berbanding sisa dapur yang ditanam terus ke dalam tanah.