Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Tanaman-Padi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tanaman-Padi. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Ogos 2024

Tuai Padi Sawah Di Kebun Bandar

Setelah lebih kurang 110 hari dari tarikh semaian terus biji padi ke dalam botol bekas minyak masak 5 liter, akhirnya buah² padi ini telah selamat dituai.

Daripada 24 botol / bekas, ada 2 bekas yang tidak berhasil pada peringkat pertama pembuahan.

Pokok²nya seperti kering dan mati, tetapi anak²nya yang keluar kemudian berjaya berbuah cuma ianya tidak dikira bersama² tuaian yang telah dibuat.

Biji² / buah² padi ini setelah dikerat, telah dileraikan secara manual untuk menghasilkan biji² benih baru.



















Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah ...

Link video :

1. Shorts : 




Artikel berkaitan :

1. 



Jumaat, 19 Julai 2024

Padi Sawah Dah 3 Bulan ...

Sedar tak sedar dah 3 bulan usia pokok² padi sawah yang ditanam dalam bekas botol minyak masak 5 liter ini.

Ada 24 bekas dan kebanyakannya sudah mengeluarkan hasil / buah padi cuma ada satu dua yang rosak / mati atau mungkin diserang penyakit ... wallahu a'lam.

Warna hijau kuning keemasan pokok padi dan biji padi amat mengasyikkan mata yang memandang.

Kalaupun tidak untuk padinya yang biasanya menjadi beras -> nasi, untuk hiasan pun cukup menarik pokok² padi sawah ini.

Pada usia 70 hari, bulir² padi mulai muncul diikuti oleh biji² padi yang mulai berisi.

Padi usia 9 minggu seperti di bawah :




Padi usia 10 minggu seperti di bawah :





Padi usia 11 minggu seperti di bawah :






Usia padi 3 bulan ( 12 minggu ) seperti dibawah :





Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :






Artikel berkaitan :




Rabu, 19 Jun 2024

Padi Sawah Dah 2 Bulan Usianya

Agak menarik melihat perkembangan pokok² padi sawah ini membesar.

Setelah 2 bulan ditanam secara terus 3-4 biji benih padi yang baru di tuai ke dalam bekas botol minyak masak.

Ada yang tumbuh lebih dari 1 pokok tetapi sekurang²nya ada satu pokok tumbuh didalam setiap botol ini.

Menunggu padi untuk bunting pula, agak menarik untuk diperhatikan yang kaedah penanaman padi samada tabur terus, mengubah secara manual atau mengubah menggunakan mesin akan memberikan jangkamasa yang berbeza untuk tiap² fasa.

Oleh itu kefahaman yang menyeluruh tentang sistem penanaman padi perlu di hadamkan betul².









Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :





Rabu, 15 Mei 2024

Pokok Padi Selepas Sebulan Di Semai

Walaupun beras adalah makanan ruji kita dan padi adalah tanaman yang banyak di negara kita, namun penanaman padi sebagai hobi di sekitaran rumah masih belum menjadi kebiasaan.

Walaupun pokok padi pada pendapat saya antara tanaman yang agak senang kerana padi terutama padi sawah hanya memerlukan bekas tanaman tanpa lubang untuk air lebihan keluar.

Oleh itu sebarang bekas atau tong dengan isipadu minima 5 liter sudah memadai.

Sebagai contoh adalah penggunaan 24 bekas botol minyak 5 liter untuk penanaman padi sawah di halaman rumah saya ini.

Botol yang di buang bahagian atasnya dan diisi dengan tanah kebun ( tanah raised beds ) sehingga penuh.

Benih padi yang baru dituai digunakan untuk penanaman ini. Hanya biji benih padi yang berisi / bernas digunakan.

Biji benih padi tanpa rendaman diletakkan antara 3-4 biji setiap botol. Korek lubang sedikit dan masukkan benih padi tersebut.

Untuk permulaan semaian, air tidak dipenuhkan dalam botol hanya tanah dilembabkan saja.

Setelah seminggu anak padi akan mulai muncul dan untuk kali ini sekurang²nya sepokok anak padi tumbuh pada setiap botol.

Setelah 2 minggu usia anak padi air akan dipenuhkan dalam botol.

Sehari sekali, biasanya waktu pagi air akan dipenuhkan dalam botol. Sekiranya hujan, tiada siraman atau penambahan air dibuat.

Pemberian baja urea 2 minggu sekali dibuat sehingga umur anak padi sebulan. Selepas itu baja npk buah akan digunakan.

Setelah sebulan, perkembangan anak² padi dalam botol bekas minyak masak ini amat memberangsangkan.

Tingginya secara purata telah mencapai 1.5 kaki seperti gambar dan video di bawah.










Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah

Link video :



Artikel berkaitan :






Isnin, 29 April 2024

Tanam Padi Lagi Dalam Bekas Botol Minyak Masak

Setelah berjaya dengan tuaian padi di dalam bekas tong cat, kali ini percubaan dibuat dengan menanam padi dalam botol bekas minyak masak 5 liter.

Menggunakan benih padi yang baru dituai, inshaAllah akan lebih berhasil / produktif.

Padi sawah memerlukan air yang banyak, jadi bekas tanaman tak perlu di lubangi.

Penggunaan baja juga sepatutnya lebih jimat kerana baja tidak akan terbuang begitu sahaja oleh larian air.

Sebanyak 24 botol yang telah dibuang bahagian atasnya telah digunakan sebagai bekas tanaman kali ini.

Antara pemerhatian yang akan dibuat adalah :

1. Kadar pertumbuhan padi
2. Penggunaan air siraman
3. Penggunaan baja
4. Penyakit / perosak
5. Jangkamasa pertumbuhan
6. Kapasiti media tanam
7. Jenis media tanam
8. Hasil akhir

Apa² pun ini adalah sekadar percubaan disamping memanfaatkan bekas botol terpakai.













14.4.2024 - disemai benih padi

Musim hujan tak perlu siram

Benih baru lebih berhasil

100% ada pertumbuhan