Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label mesintebu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mesintebu. Papar semua catatan

Khamis, 6 November 2025

Serumpun Tebu

Ada satu rumpun tebu dibiarkan untuk menjadi benih. Pokoknya ada yang sudah tinggi dan rebah ke bumi. Ada juga anak² tebu yang sedang naik.

Akhirnya batang² tebu yang matang ditebang untuk dijadikan jus tebu. Sisa² perahan tebu / hampas tebu dan kulit tebu direndam untuk menjadi baja cecair. Hampasnya nanti boleh dijadikan sungkupan atau bahan kompos.

Pucuk tebu akan ditanam semula di raised bed tebu yang baru dibuat semula. Manakala batang² tebu yang kurang cantik akan dijadikan "booster" pokok pisang. Daun² tebu pula sebagai sungkupan.


























Link video :



Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah


Selasa, 18 Mac 2025

Kemas Rumpun Tebu

Rumpun tebu terakhir di raised bed tebu yang pertama akan dikemaskan.

Raised bed ini akan diguna semula untuk tanaman jagung ... inshaAllah.

Banyak yang telah dipelajari secara praktikal berkaitan tanaman tebu sejak tebu menjadi tanaman utama di kebun bandar tepi rumah ini.

Antaranya adalah :

1. Tebu mudah ditanam

2. Senang di selenggara

3. Tidak cerewet

4. Kos yang rendah

5. Potensi pulangan yang baik

Menggunakan teknik raised bed untuk menanam tebu juga memungkinkan kitar semula sisa² pokok tebu dan hampas tebu sebagai kompos, sungkupan dan juga bahan campuran media tanam ... wallahu a'lam








Selamat berkebun ...

Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah


Link video :

1. Shorts : https://youtube.com/shorts/QypHtZ21_Fs?si=t7YPj2bDwSgclQnc


2. Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSM37QuVQ/


Artikel berkaitan :

1. https://jomtanamsayur.blogspot.com/2025/03/merumput-di-raised-bed-keladi.html#c4883270961865185304

2. https://jomtanamsayur.blogspot.com/2025/02/kalau-dah-bukan-rezeki.html

3. https://jomtanamsayur.blogspot.com/2025/01/pokok-nenas-md2-di-belakang-rumah.html


Jumaat, 8 November 2024