Masih belum subur sepenuhnya namun pokok² tebu tetap dapat naik dengan baik.
Raised bed ini masih dalam proses pembinaan dan inshaAllah seiring masa akan bertambah baik keadaannya.
Idea untuk membuat tiang sokongan dari batang buluh madu yang lebih padat dalamnya yang disimen 1 kaki kedalam tanah asal juga berfungsi dengan baik setakat 4 bulan ini.
Menjadi tempat batang² tebu diikat yang menjadikan pokok² tebu dapat tumbuh tegak, menjadikan keseluruhan raised bed nampak lebih kemas, cantik dan menarik.
Disamping itu bahagian bawah raised bed dapat digunakan untuk tanaman sayuran berdaun yang berjangka masa lebih pendek atau tanaman menjalar.
Sisa² organik daun² kering, potongan rumput, racikan pelepah² daun tebu dan sebagainya sebagai baja organik.
Siraman air siraman sisa dapur juga di buat untuk membantu cepatkan proses pereputan sisa² organik.
Setakat 4 bulan ini, belum ada baja kimia seperti urea digunakan. Mungkin pada masa depan inshaAllah ...
Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ... inshaAllah
Link video :
2. Tiktok : https://vm.tiktok.com/ZSYhcBA9Y/
Artikel berkaitan :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan