Video Terbaru @JomTanamSayur

Rabu, 17 Julai 2024

Tiang Pokok Tebu Yang Patah

Salah 1 daripada 6 tiang pokok tebu di raised bed yang baru agak goyang / goyah dan menyebabkan rumpun tebu senget.

Oleh itu satu pemeriksaaan akan di laksanakan untuk kenal pasti punca kejadian.

Sebarang penambahbaikan akan bergantung kepada penemuan masalah diatas.

1 keratan buluh dijadikan tiang sementara yang diikat diantara 2 tiang sedia ada untuk dijadikan sandaran rumpun tebu kawasan ini.

Tiang asal akan digali semula untuk melihat apakah yang telah berlaku.

Ternyata setelah di korek, batang buluh yang berfungsi sebagai tiang telah patah diatas kawasan bersimen.

Sepatutnya tiang buluh ini perlu dibalut dengan plastik dahulu sebelum ditanam dan disimen untuk lebih bertahan lama.







Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ... inshaAllah

Link video :






Artikel berkaitan :








Tiada ulasan:

Catat Ulasan