Video Terbaru @JomTanamSayur

Memaparkan catatan dengan label Buah-Kelapa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buah-Kelapa. Papar semua catatan

Selasa, 27 April 2021

Meracik Pelepah Kelapa Gading Untuk Bahan Sungkupan & Kompos

Pelepah kelapa yang terhasil dari pengemasan 2 pokok kelapa gading diluar pagar kebun bandar Jom Tanam Sayur ( JTS ) telah diracik.

Terlebih dahulu pelepah2 kelapa tersebut perlu di potong menjadi lebih kecil untuk memudahkan kerja2 meracik.

Dengan mesin mini chopper berkuasa 0.5hp tidak mampu untuk memotong keseluruhan pelepah kelapa tersebut.

Pelepah kelapa yang telah dipotong terlebih dahulu

Hasil racikan menggunakan mini chopper 0.5hp. Bahagian daun banyak yang tidak terpotong

Proses mengalihkan racikan pelepah kelapa gading ke batas timbun

Bahagian pangkal pelepah yang liat tidak mampu dipotong oleh mini chopper 0.5hp

Habis sudah ...

Diletakkan disini sebagai sungkupan dan bahan kompos

Perlu ditambah tanah nanti

Video proses meracik pelepah kelapa dan meletakkannya ke batas timbun dibawah :

Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat & selamat ...

#JomTanamSayur
#MiniChopper
#KelapaGading
#SungkupanKompos

Kemas 2 Pokok Kelapa Gading di Luar Pagar & Tuai Buahnya

Dua pokok kelapa gading di luar pagar kebun Jom Tanam Sayur ( JTS ) telah dikemaskan hari ini.

Pokoknya sudah semakin tinggi dan sudah pun mula berbuah.

Pokoknya juga agak kurus dan daunnya juga tidak terlalu lebar kanopinya.

Buahnya bewarna oren dan buah yang baru terbentuk hanya sebiji atau dua sahaja.

InsyaAllah selepas ini akan buahnya akan semakin banyak.

Pelepah daun kelapa akan diracik dan dijadikan bahan kompos di batas timbun.

7 biji buah juga berjaya dituai untuk berbuka puasa.

Dua pokok kelapa gading di luar pagar

Putik bunga

Putik buah

Buah permulaan tak banyak yang lekat

Pokok sudah makin meninggi

Buah bulat lonjong atau lonjong

6 biji di sini 

Warna oren yang cantik

Pelepah kelapa yang akan diracik kemudian

7 biji semuanya ... ada yang muda dan ada yang hampir tua

Video proses mengemas pokok kelapa gading di luar pagar rumah


Selamat berkebun ...
Sentiasa sihat dan selamat ...

#JomTanamSayur
#KebunBandar
#KelapaGading

Jumaat, 31 Julai 2020

Pokok Pisang Tanduk No.2 Tumbang

Buah yang berat dan batang yang agak kurus disertai angin dan hujan akhirnya menumbangkan pokok pisang tanduk no.2.

Tempatnya akan diganti dengan pokok betik

 Perlukan kayu penyokong yang sepadan

Buah yang belum cukup matang, hampir 2 bulan sahaja

Berat setandan sekitar 6 kg sahaja

Selamat berkebun ...

#JomTanamSayur
#BatasTimbun
#Pisang

Selasa, 8 November 2016

Jom Tanam Buah - Kelapa

Terdapat pelbagai jenis kelapa dan pelbagai pula kegunaannya. Ada kelapa mawa, pandan, matag, kampung dan sebagainya. Ada yg ditanam utk santan, ada yg ditanam utk airnya. Antara produk tambah nilai dari kelapa spt nira, kerisik, gula dan sebagainya.

Kelapa
Kelapa di halaman rumah
Pendek kata, kalau ada ladang kelapa memang boleh buat duit

Jom Tanam Sayur - Tanam Sendiri Makan Ramai2